Elakkan Silap Letak Calon

Oleh Md Zulaimi

Zaki digugurkan di Kelaburan dan SU Perhubungan juga bekas Exco Che Lah yg dikatakan akan ambil alih kerusi tersebut.

Bagi saya satu kesilapan yang besar dan satu kerugian juga pada Pas.

Bagi saya bukan pasal Zaki digugurkan tetapi kenapa Che Lah masih bertanding di DUN?

Sepatutnya Che Lah bertanding kerusi Parlimen spt langkah yg diambil Nik Amar, Nasarudin dan ZulMamat.

Che Lah sdh menunjukkan kejayaan besar dlm program pertanianya di Kelantan dgn slogan "Bertani Itu Satu Ibadah" dan hasilnya petani dan kerajaan mendapat hasil yang banyak.

Rasanya sampailah masanya Che Lah ditampilkan peringkat pusat pada ketika Pas penuh keyakinan rampas Putrajaya. Petani Malaysia perlukan sentuhan Che Lah dan saranan Che Lah supaya lembu diperdengarkan bacaan AlQuran untuk menjadikan daging lembu lembut, andainya beliau menjadi Menteri Pertanian di Putrajaya, ini akan menaikkan nama Malaysia yg tercemar angkara Najib dan BN.

Saya kira masa masih ada lagi untuk Pas buat rombakan senarai calon agar rakyat Malaysia akan bertambah yakin untuk undi Pas.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan