Janganlah Naif Sangat Ustaz ...!




 Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Hanya Pas yg bawa Islam. Demikian kata seorang ustaz Pas.

2. Janganlah begitu ustaz. Jika ustaz kagumi Pas sekalipun, usahlah nafikan sumbangan orang lain utk Islam.

3. Islam sudah ada di Malaysia semenjak Pas belum wujud. Bahkan jika Pas tak wujud pun, Islam tetap ada pembawanya.

4. Tuhan sudah berjanji, Dialah pemelihara Islam; bukannya Pas atau mana-mana kumpulan.
5. Bahkan jika diserah kpd Pas saja utk membawa Islam, agama ini tak akan berkembang seperti kini.

6. Pembawa Islam adalah umat Islam secara keseluruhan, tanpa mengira bangsa, status atau parti.

7. Al-Quran menyebut, kamulah sebaik-baik umat yg dilahirkan utk manusia supaya kamu menyuruh yg makruf, mencegah yg mungkar dan kamu beriman kpd Allah.

8. Tuhan sebut, pembawa Islam adalah orang beriman, bukan orang Pas. Di luar Pas ada puluhan juta rakyat Malaysia yg beriman.

9. Takkanlah ustaz nak nafikan kerja bawa Islam yg dibuat oleh orang beriman di luar Pas.

10. Jika ahli Pas yg beriman sebanyak 500,000 orang, dan setiap ahli Pas berjaya Islamkan 2 orang, jumlah orang Islam di Malaysia baru 1.5 juta orang.

11. Adakah setiap ahli Pas sudah Islamkan 2 orang? Jika tidak, jumlah puluhan juta orang Islam di Malaysia diislamkan oleh siapa?

12. Saya katakan, pemikiran ustaz sangat naif apabila ustaz katakan, hanya Pas yg bawa Islam. Profesor universiti, pendakwah tak berparti tentu terkilan dgn kenyataan ustaz itu.

13. Cukup-cukuplah ustaz perasan parti ustaz lebih Islam drpd orang lain.

14. Ustaz perlu keluar dari kepompong perasan suci itu dan hirup udara segar di luar parti ustaz yg lebih nyaman dan mencerahkan otak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan