Mat Sabu umum sayap India Muslim dalam AMANAH

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menerima 'standing ovation' hari ini apabila memperkenalkan sayap parti untuk anggota berketurunan India Muslim.

Beliau mengumumkan perkara itu pada majlis pertemuan bersama anggota masyarakat India Muslim di Subang hari ini.

Menurutnya, beliau bersama pemimpin AMANAH lain mencadangkan apabila seseorang India Muslim menyertai parti itu, sebuah sayap harus ditubuhkan.

"Kita akan ada sayap pemuda, sayap wanita dan sayap India Muslim. Insyaallah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 200 yang hadir.

Mohamad berkata beliau berharap langkah itu akan menjadikan AMANAH lebih inklusif dan bendera parti itu akan dikibarkan ke seluruh negara sama ada di bandar atau di kawasan luar bandar.

Beliau juga berseloroh mengatakan apabila terdapat bilangan Muslim yang cukup di peringkat parti, pemimpin AMANAH akan dapat merasa nasi briyani sebulan sekali selepas mesyuaratnya.



Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan