Pakatan Harapan perlu yakinkan rakyat dengan calon terbaik

Oleh SITI MUDRIKA

Pakatan Harapan sehingga hari ini masih belum memuktamadkan senarai calon untuk Pilihan Raya ke-14 pada 9 Mei 2018.

Perlu diingatkan Pilihan Raya 2018 ini adalah satu Pilihan Raya yang paling ditunggu-tunggu dan paling mendebarkan apabila dikatakan kali ini kemungkinan parti pemerintah akan berubah.

Persoalannya, adakah Pakatan Harapan mempunyai ‘line-up’ yang cukup meyakinkan rakyat untuk menerajui negara lima (5) tahun akan datang.

Calon Ahli Parlimen yang bakal dipilih haruslah mampu menggubal dasar negera yang lebih baik berbanding parti pemerintah sebelumnya.

Beberapa nama calon yang dikatakan bijak dan berwibawa yang kelihatan boleh membentuk satu barisan penggubal dasar negara yang mantap antaranya Dr Mahathir Mohamad, Azmin Ali, Syed Saddiq, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Yusmadi Yusoff, Gobind Singh, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Abd. Samad dan Mohamed Hanipa Maidin.

Barisan nama calon-calon Pakatan Harapan haruslah bukan sahaja dikenali ramai, tetapi memerlukan calon yang bijak dan dinamik dalam bersuara, tahu apa yang mereka bahaskan, dan sudah tentu mampu menggubal dasar untuk Malaysia yang lebih baik seperti yang diharapkan oleh semua pengundi pada Pilihan Raya Ke-14 kali ini.

Faktor pemilihan calon berdasarkan suara akar umbi setiap tempat dan anak jati tempatan yang memahami landskap serta budaya setempat juga harus dipertimbangkan.

Pakatan Harapan tidak lagi boleh mengambil risiko untuk meletakkan calon ‘mencuba nasib’ dan kehilangan kerusi contohnya seperti yang berlaku di Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang di mana kehilangan kerusi Parlimen Balik Pulau adalah amat merugikan Pembangkang pada ketika itu.

Rakyat sedang meneliti, adakah barisan calon Pakatan Harapan boleh menerajui Negara Malaysia secara keseluruhannya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan