Pas Semakin Hari,Semakin Kurus


Oleh Mohd Sayuti Omar

Pemimpin Pas mengulang-ulangi akan kebersihan parti tersebut. Kali ini giliran Tuan Ibrahim Tuan Man turut sama mendendangkan lagu sama, kononnya Pas bersih apabila diukur kepada tidak ada tindakan terhadap mana-mana pemimpin Pas disiasat oleh SPRM.

Dakwaan itu sebenarnya meleset dan banyak orang sengaja melupai sejarah. Ada pemimpin Pas yang berpeluh berhadapan dengan SPRM dan sehingga dibawa ke Mahkamah.

Soalan budak2 untuk pagi ini, apa guna parti itu bersih tetapi kalau sokongan kepadanya kian mengecil. Ironisnya lagi di sebalik dakwaan Pas parti bersih tetapi malam tadi seorang Adunnya telah meninggalkan parti tersebut.

Lebih ironis lagi kenapa Adun itu sanggup dan sedia meninggalkan parti yang menawarkan syurga?

Ini bererti kebersihan yang ada kepada Pas tidak menjadi apa-apa nilai tarikan pun. Atau syurga yang dijanjikan syurga plastik?

Hakikat sokongan kepada Pas makin mengurus terbukti malam tadi ceramah anjuran Pas di Padang Bola Taman Pertama tidak sehebat majlis majlis sebelum ini. Saya ikut sama hadir untuk membuat perbandingan.

Selalunya ceramah di situ ramai ada kalanya melimpah sampai ke atas jalan raya. Teringat ceramah semasa Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi) membuat pengumuman untuk menyertai Pas yang turut sama menampilkan Husam Musa, padang bola itu melimpah.

Berbeza malam tadi mereka yang hadir sekitar 300 orang termasuk budak-budak yang bermain bola dalam hitungan saya 13 orang, dua berumur di bawah dua tahun dan seorang mamakai kopiah bersulam benang putih berlambangkan bulan.

Kebersihan Pas, kesucian Pas sebagai sebuah parti politik tidak memberi apa-apa makna, dan jika dinisabahkan dari jumlah penyokong menunjukkan Pas semakin hari semakin kurus. Sedih. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan