Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Serong, Hasnul
Zulkarnain Abdul Munaim mengingatkan pengundi untuk memastikan keputusan
pada 9 Mei nanti tidak mengundang bebanan hidup untuk tempoh sepenggal
lagi.
Menurut anak muda berkenaan, pengundi wajib membuat keputusan yang
tidak terus menjerut mereka lagi dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat
kepincangan urus tadbir Umno-BN.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak itu berkata, rakyat hanya
mempunyai dua pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sama ada
memilih BN atau PH yang akan seragam tampil di kertas undi menggunakan
lambang PKR.
“Sama ada hendak memilih membayar GST untuk lima tahun akan datang,
sama ada terus 1MDB (1Malaysia Development Berhad) tidak boleh dipersoal
untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Juga boleh memilih untuk warga Felda terus dibebani pelbagai hutang
dan boleh memilih supaya anak-anak tuan disenaraihitam akibat gagal
membayar hutang pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional).
“Dua sahaja pilihan yang ada. Kalau nak pilih (masalah), pangkahlah
parti Najib tapi kalau tidak mahu lagi menderita dan mahukan perubahan,
pilihan yang ada PH,” tegas Hasnul dalam ceramah di Parit Buntar
baru-baru ini.
N08 Titi Serong disandang Abu Bakar Hussain dari Pas yang menang pada PRU-13 dengan hanya majoriti 1,794 undi.
Dua lagi kerusi Dun yang dimenangi Pas dengan majoriti kurang 2,000 undi
iaitu Selinsing (809 undi) dan Gunung Semanggol (1,405 undi).
Seramai 1,492,228 pemilih berdaftar di Perak bagi menentukan kepimpinan di 59 kerusi Dun dan 24 kerusi Parlimen pada PRU-14.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan