KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak


Oleh TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Berhubung dakwaan yang tular di media sosial bahawa saya telah didatangi oleh seorang yang bernama Dato’ Amin yang dikatakan terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mengenali individu tersebut. Tidak ada apa-apa perbincangan antara saya dan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.

Mengenai dakwaan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah memberikan kelulusan kepada individu tersebut untuk membawa masuk seramai 80,000 pekerja asing ke Malaysia beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-14, saya telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan taklimat terperinci kepada saya berhubung dakwaan ini.

Saya juga telah mengarahkan supaya pelaksanaan kelulusan ini, jika ada, ditangguhkan dahulu sehingga saya diberikan taklimat terperinci mengenainya.

Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini untuk mengaut keuntungan.

Sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan kepentingan negara akan diambil tindakan tegas.


Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan