Kemenangan Anwar bukti rakyat mahukan PH


KOTA KINABALU - Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson membuktikan rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada PH untuk terus menerajui negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, ini dikuatkan lagi oleh jumlah majoriti yang meningkat di sebalik kemerosotan peratusan keluar mengundi.

"Ini merupakan satu kejayaan kepada PH dan kerajaan negeri akan sentiasa menjalin kerjasama di peringkat pusat selain mengukuhkan lagi hala tuju pembentukan negara ‘baharu’," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Pertubuhan Arkitek Malaysia Sabah Chapter ke-43 ,di sini malam tadi.

Mohd Shafie  turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Umum PKR itu.
Anwar yang memperoleh majoriti  23,560 undi mengatasi enam calon lain dijangka mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Port Dickson pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok. - Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan