Rayuan Anwar wajar diambil perhatian oleh kerajaan, kata Pengerusi LKIM

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia menyokong penuh desakan dibuat oleh Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merayu kerajaan agar membantu golongan nelayan di negara ini.

Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil  dalam kenyataannya turut merayu agar kerajaan mengambil perhatian serius mengenai rayuan dibuat oleh Anwar itu agar dapat melihat kembali peruntukan yang diberikan kepada golongan nelayan.

“Visi saya adalah untuk memajukan para nelayan dan seterusnya matlamat mendaya saingkan perikanan dapat dicapai melalui pembelaan kerajaan terhadap golongan nelayan tersebut.
“Ini bagi memastikan sosioekonomi nelayan dapat ditingkatkan bagi mendorong mereka untuk terus membantu kerajaan meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi makanan

“Saya menyokong penuh keprihatinan beliau kepada golongan nelayan selain petani, peladang dan pekebun kecil. Ini kerana kebanyakan nelayan adalah kelompok yang dikategorikan B40 dan kerja mereka bergantung kepada keadaan cuaca, keadaan laut dan sebagainya.
“Di samping itu, peruntukan sebegini penting ditingkatkan bagi merangsang komitmen nelayan dalam usaha meningkatkan bekalan ikan tempatan yang mencukupi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan dibuat Anwar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 diParlimen meminta meminta kerajaan untuk terus membantu golongan petani, nelayan, peladang dan pekebun kecil susulan pemotongan beberapa insentif buat golongan ini dalam Belanjawan 2019.
Dalam Belanjawan 2019 yang diumumkan baru-baru ini, Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan telah dikurangkan sebanyak 62.4% kepada RM98.5 juta berbanding RM262 juta dalam Belanjawan 2018 yang lalu. B
agi Elaun Sara Hidup Nelayan pula, peruntukannya telah dikurangkan sebanyak 72% kepada RM3.5 juta berbanding RM12.5 juta dalam Belanjawan 2018.
Pengurangan peruntukan ini ujar Faiz lagi, dikhuatiri boleh memberikan kesan kepada para nelayan khususnya bagi menghadapi kos sara hidup yang masih lagi tinggi.
“LKIM dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani perlu menstruktur semula jumlah insentif-insentif ini.
“Sungguhpun pengurangan peruntukan ini diakibatkan kekangan kewangan negara yang meruncing disebabkan bebanan hutang tinggi ditinggalkan regim Barisan Nasional, usaha Datuk Salahuddin Ayub telah berjaya menyakinkan kerajaan untuk meneruskan peruntukan insentif-insentif ini,”katanya.
Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berkata, bagi memastikan pemberian insentif-insentif ini diberikan kepada golongan sasar nelayan tulen, maka LKIM akan meneruskan proses pemutihan supaya ketirisan dan salahguna insentif-insentif ini dapat dikekang dan seterusnya dapat memanfaatkan golongan nelayan secara keseluruhannya


Berita penuh https://malaysiadateline.com/rayuan-anwar-wajar-diambil-perhatian-oleh-kerajaan-kata-pengerusi-lkim/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan