Umno, Pas Kuala Selangor sudah berbaik


KUALA SELANGOR - Hubungan baik antara pimpinan Umno dan Pas Kuala Selangor sudah terjalin lebih awal bagi menguatkan lagi gabungan pembangkang di daerah ini.

Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim menjelaskan, pihaknya menyambut baik saranan presiden supaya mengukuhkan hubungan bersama Pas kawasan.

“Bagi Umno Kuala Selangor, kita sudah menjalinkan hubungan lebih dua bulan lalu bagi bersama memperjuangkan Islam, orang Melayu dan tanah air.

“Titik persefahaman yang terjalin ini akan memberi kelebihan kepada Umno dan Pas supaya matlamat perjuangan parti dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas beramah mesra dengan ahli Umno yang menyertai Perjumpaan Khas Presiden dan Pimpinan Majlis Tertinggi Umno ke Selangor di Kompleks Umno Bahagian Kuala Selangor.

Dalam pada itu. menurutnya, pihaknya akan menghantar pasukan untuk membantu jentera kempen dan calon BN di PRK Dun Rantau.

“Sudah tentu kita akan hantar jentera untuk membantu kempen Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya beliau menang dan kekalkan kerusi Dun.

“PRK ini juga dapat suntik semangat ahli Umno terutama ketua pusat daerah mengundi (PDM) dan cawangan untuk terus berjuang dan latih mereka berdepan pilihan raya,” katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan