Tidak ada keperluan pun PAS saman Sarawak Report

Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi

Sebenarnya sejak awal lagi.. tidak ada keperluan pun PAS saman Sarawak Report..kalau ikut tuduhan, apa yang Raja Petra, Blogger murahan tuduh kepada pemimpin PH, Mahathir hatta Ds Anwar dikata ada simpanan berbillon ringgit diluar Negara... sampai ada yg tuduh DAP dapat berbillion dari Israel..tetapi DAP dan pemimpin PH tak pernah layan..

Jadi kenapa PAS layan ? Kenapa PAS saman ? ia hanya Sandiwara bertujuan menyucikan imej Najib dan PAS bagi menghadapi PRU 14.. bukan sebab maruah pun.. tujuan utama depa pertahankan Putrajaya..

Sampaikan Saman itu pun dibiayai dan dibantu oleh UMNO dan regim Najib... Berapa lah sangat nilai jutaan Ringgit itu dibanding dengan wang tunai yang dijumpai dalam rumah Najib.. Bila Najib bubar parlimen, senang senang depa bagi RM 1.5 Juta kepada PAS dan PAS Terengganu..

Tujuan mereka antaranya mahu nampakkan Najib tidak berkaitan dengan 1MDB.. dan tidak wujud kerjasama PAS dan UMNO supaya orang melayu dan rakyat Malaysia akan terus sokong Najib dan BN atau beralih kepada PAS.. tu jer tujuan depa..

jika agenda dan Sandiwara itu berjaya.. Najib dan BN akan kekal di Putrajaya.. Kalau Najib menang Putrajaya pun Saman tu tetap akan ditarik balik.. seperti aku tulis semalam, Memang wujud kerjasama..malah Ghanimah jawatan Menteri Agama, YADIM,IKSIM dan YAPIEM antara Ghanimah yang di impikan.. itu yang buat dada mereka terbakar..

Jadi hari ini apa perlu lagi saman..? Memang wujud kerjasama PAS dan UMNO secara terang terangan.. apalagi yang mampu depa sembunyikan ? dulu pun mereka berjaya diamkan Bank Negara, Peguam Negara.. hari ni segalanya terdedah semua kaitan tentang 1MDB.. sebab mereka bukan lagi Kerajaan..

Jadi selepas tembelang 1MDB terbongkar.. segala kerjasama sulit, Transaksi dan kaitan PAS dan UMNO kena di sembunyikan.. jangan tembelang ini pecah di kota London..cerita RM 90 Juta atau bukan itu bukan soalnya..Imej Tok Haji, Pak Lebai akan di londeh kan.. Bank Negara, Peguam Negara bukan lagi bawah telunjuk Najib... Najib sendiri tarik balik saman fitnah 1MBD kepada Tony Pua, Takda sebab saman..tembelang dah pecah..

Bayangkan bila Haji Hadi disoal balas di London.. Hj Hadi bukan pandai berahsia.. apalagi kalau diasak soalan dengan Peguam.. nanti habis semua terbongkar..wartawan Awani tanya pun dia jawab merapu..apalagi bila Peguam mat saleh tanya.. lagi lah berterabur..

Jadi sebelum perbicaraan bermula 2 bulan Lagi.. sebelum tembelang pecah.. Baik suruh Pak Haji tarik diri.. Pak Haji bukan tahu apa, dia khadam jer.. disuruh Saman dia saman..disuruh tarik dia tarik lah.. Jadi faham faham lah sapa Boss Hj Hadi.. Yang kencing riang2, Yang tukang tadah pak lebai.. Kalau Manusia tak mampu berfikir ditipu riang riang.. apa lagi Ulama..
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan