PUTRAJAYA, 7 Julai — Fokus utama kerajaan pada masa ini ialah untuk
menangani dan menyelesaikan isu-isu kesihatan yang sedang dihadapi suku
Batek di Kuala Koh, Gua Musang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy
dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan
Kementerian Kesihatan dalam menangani perkara tersebut.
“Kerajaan
sedang mengkaji cara untuk menangani isu ini, bersama dengan isu-isu
lain seperti tahap kesihatan dan peluang ekonomi bagi suku Batek dan
masyarakat Orang Asli lain yang terpinggir,” katanya.
Tambah Waytha Moorthy, langkah-langkah kukuh untuk
menangani isu-isu lain suku Batek akan dilaksanakan sebaik sahaja
keadaan di Kuala Koh stabil, setelah berlaku kejadian 15 anggota suku
tersebut maut hampir serentak baru-baru ini.
Beliau
turut merujuk kepada jawapan yang diberikan di Parlimen pada 4 Julai
2019 mengenai pencapaian yang rendah oleh masyarakat Orang Asli dari
suku Batek.
“Statistik ini mencerminkan kepinggiran yang kian lama dihadapi masyarakat tersebut,” katanya. — Bernama
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan