Ahli Parlimen pembangkang jumpa Azmin

PUTRAJAYA: Sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir di kediaman Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10 di sini, malam tadi

Tinjauan  mendapati, beberapa kenderaan dipercayai milik wakil rakyat diletakkan di perkarangan rumah Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, termasuk kenderaan yang mempunyai jata Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.

Wakil rakyat terbabit dipercayai berada di situ sejak jam 7 malam, sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Mohamed Azmin mulai jam 11 malam dengan diakhiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin.

Antara yang dilihat keluar ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid; Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Ismail Abd Muttalib (Maran).

Ahli Parlimen Cameron Highlands dari BN Ramli Mohd Nor dan ketika dihampiri petugas media sekadar berkata: “Tiada apa-apa.”

Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib, pula mendakwa tidak ada mesyuarat berlangsung di rumah Mohamed Azmin.

“Saya datang sebab rumah saya dekat. Itu antara Ahli Parlimen dengan Menterilah,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Raja Petra Kamaruddin menerusi laporan di portal Malaysia Today melaporkan Mohamed Azmin mengadakan pertemuan itu bagi mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan