Bn Kencing Rakyat, Org Umno Buat - Buat Lupa ..

BN kencing rakyat, org Umno buat2 lupa. Mana suara Pemuda Umno dlm bab ini? Yg mereka pekik, PH kencing rakyat

•Disini terdapat janji manifesto BN selama mana zaman pemerintahan 10 tahun rejim NAJIB kleptokrat memerintah.

Antara janji janji utama Najib selama mana BN memerintah Malaysia. Contohnya:

1. Membina 1 juta rumah mampu milik diseluruh negara. Termasuk sebanyak 500,000 buah rumah PRIMA.

2. Memberi peluang pekerjaan sebanyak 3.3 juta pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

3. Mengurangkan kadar tol dalam bandar secara berperingkat-peringkat serta menghapuskan Tol. Berapa banyak tol sudah diturunkan harga?

4. Mengurangkan harga kereta murah sehingga 30% daripada harga pasaran.

5. Mengurangkan harga minyak kenderaan mengikut harga pasaran semasa.

6. Menangani Kos Sara Hidup serta mengurangkan harga barang barang keperluan dibandar bandar besar.

7. Memperluaskan bekalan air bersih ke seluruh negara.

8. Mewujudkan 2 juta status rakyat berpendapatan tinggi.

9. Menambah anggota polis sebanyak 4,000 anggota setahun.

10. Menyiapkan Pan Borneo dari Sarawak ke Sabah. ( 2 pakej sahaja berjaya disiapkan ada 23 pakej lagi yang belum bermula )

11. Mewujudkan sekolah satu sessi pengajian sahaja.

12. Mewujudkan program SafeCAM.


13. Menambah keupayaan tempur ATM.

14. Menambah 50,000 kekuatan anggota Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia.( PVR )

15. Dasar 1 Negara 1 Harga termasuk diSabah & Sarawak.

16. Menurunkan kadar WIFI sebanyak 20%.

17. Unjuran kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 3% setahun.

18. Mewujudkan WIFI percuma disemua Universiti Awam( UA ) diseluruh negara.

19. Mengurangkan sebanyak 20% harga rumah PRIMA di seluruh negara.

21. Menjadikan Malaysia antara kedudukan "3 tempat" terbaik peringkat dunia dalam bidang pendidikan.

22. Menaikkan pangkat seramai 420,000 guru diseluruh negara.

23. Memberi rumah percuma kepada pekerja estet dan memperbaiki rumah estet.

24. Memperbaiki rumah bagi mereka yang berpendapatan rendah secara percuma diseluruh negara.

25. Menyediakan skim perumahan yang teratur dikawasan setinggan.

26. Membina semula semua projek perumahan awam yang terbengkalai.

27. Membina perumahan awam bagi golongan yang mencari pekerjaan ( rumah bagi penganggur ).

28. Membina kemudahan awam seperti dewan serbaguna, padang futsal, surau, pusat asuhan atau tadika serta fasiliti awam lain disemua tempat diseluruh negara.

29. Membina pusat pusat Kanser di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak.

30. Membina pusat pusat rawatan Jantung di seluruh negara.

31. Membina pusat Dialisis buah pinggang di seluruh negara.

32. Memberi kad rawatan prihatin percuma kepada rakyat.

33. Mewujudkan Bas Rapid semua ibu negeri

34. Memperluaskan sistem pengangkutan awam LRT & Monorel kesemua di bandar bandar besar.

35. Membina stesen baru bagi bas & teksi di seluruh bandar & pekan seluruh negara

36. Membina stesesn Rel keretapi baru semua bandar.

37. Melaksanakan aku janji, akuan bersumpah & integriti termasuk pendedahan harta peribadi untuk semua ahli parlimen & wakil rakyat.

38. Membina Mahkamah khas Rasuah.

39. Membina 6,300 km jalan bertar di semenanjung serta 2,500 km bertar di Sabah & 2,800 km bertar di Sabah.

40. Menyelesaikan serta membekalkan bekalan air terawat di Kelantan, Selangor & Wilayah Persekutuan .

41. Membina dan melaksanakan Kampung Moden Abad ke-21 di seluruh negara.

42. Akujanji memelihara Hutan & penanaman semula hutan di seluruh Malaysia.

43. Penjagaan & pemulihan sungai di seluruh negara.

44. Penguatkuasaan yang ketat kepada pencerobohan & penerokaan haram.
45. Menyelesaikan isu isu pribumi seperti tanah adat & lain lain.

46. Mengurangkan cukai individu & cukai korporat.

47. Menarik Pelaburan bernilai RM1.3 trillion.

48. Mewartakan semua Tanah Adat. ( contoh kes di Kelantan ).

Kepada yang rasa musykil atau sangsi dengan penulisan ini, bolehlah klik google janji2 MANIFESTO BN bermula pru- 12, 13 & 14.

(Sepatutnya kerja ini dilakukan Ketua Penerangan PPBM Malaysia)
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan