Jangan lah terlampau seronok sampai nak buat kenduri dia selamat
INGATAN saya kepada UMNO PAS dalam Muafakat Nasional, jangan terlalu
gembira, dengan kemenangan majoriti besar yang dimenangi oleh MCA.
Tunggu dan lihat. Gelagat MCA dalam PRU 15 akan datang. Ketika itu baru
akan tahu siapa kawan dan siapa lawan.
Ada yang berkata, jika berlaku PRK lagi di beberapa kawasan, pasti PH
akan kehilangan lebih banyak kerusi. Dalam maksud, kemenangan demi
kemenangan akan dicapai oleh BN. Benarkah?
Nasihat saya. Fahami makna atau erti kemenangan. Jika kerusi yang
bertambah masih lagi kerusi bukan Melayu, itu bukan petanda baik.
Seperti yang telah saya perkatakan, kemenangan MCA di Tanjung Piai tidak
menguntung Muafakat Nasional.
Yang untung adalah ultra kiasu. Bertambah lagi kerusi wakil Cina dan
berkuranglah kerusi wakil Melayu. Antara arwah yang meninggal itu dan
Karmaine yang bertanding menggantikannya daripada PPBM (PH), saya telah
percaya mereka berdua daripada MCA.
Menyimpan MCA ini ibadat melepaskan anjing tersepit. Anjing akan gigit
balik tuannya. Jangan lupa telatah MCA ketika BN kehilangan kuasa dan
PRK Balakong. Saya akan bersetuju dengan MCA, jika MCA faham taubat
nasuha.
Jika tidak percaya, cuba bangkitkan isu Sekolah Cina, termasuk jawi,
UEC, dan lain-lain kepentingan Cina. Tidak ketinggalan isu negara Islam
dan undang-undang Islam. Kita boleh tengok bagaimana gelagat ultra kiasu
ini.
Seburuk-buruk Melayu, meskipun PH, masih ada sekelumit Islam di hatinya.
Sebaik-baik MCA, sekelumit pun belum tentu ada. Pada fikiran MCA, Cina,
Cina, Cina, nama pun parti Cina. Bak kata pepatah lebih baik bersama
syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Mungkin
selepas tarbiyyah UMNO dan PAS kepada MCA, baru akan merubah keadaan.
Keputusan PRK Tanjung Piai membuktikan betapa bijaknya bagaimana orang
Cina berpolitik. Cina tidak rugi apa-apa sama ada DAP atau MCA yang
menang. Yang penting wakil rakyat mereka mesti berupaya memperjuangkan
nasib Cina.
Bukan macam politik Melayu, kita sanggup benamkan saudara sesama sendiri hingga ke hujung benua bagi memastikan kejayaan diraih.
MCA lebih Cina daripada DAP itu sendiri. Malah boleh dikatakan, terlebih
Cina, daripada orang Cina negara China. Bila-bila masa sahaja wakil MCA
ini boleh swing kepada pihak yang berkepentingan Cina kepada mereka.
Justeru, saya ingatkan BN dan Muafakat Nasional, janganlah terlampau
gembira atau suka.
Percayalah, selepas ini sekolah Cina dan sekolah persendirian Cina akan
terus bertambah, UEC akan lebih cepat diiktiraf. Macam dahululah ketika
DAP berada di luar kerajaan. DAP tekan, MCA buat kerja. Kini ini MCA
tekan, DAP buat kerja. Pi mai pi mai tang tu jugak. Cina ultra kiasu
tetap untung, Melayu terus rugi.
Selepas ini tidak mustahil, parti Gerakan (PGRM), memohon untuk masuk
dalam PH atau BN, mengintai kerusi mereka sebelum ini di kawasan
majoriti Melayu. MIC akan terus mencongak dan mengintai kerusi yang
paling selesa untuk mereka. Sudah Muafakat Nasioan dan BN menyediakan
formula. Jika belum, lakukan sekarang sebelum terlambat.
Saya harap Gerakan tidak akan memohon menyertai BN. Cukuplah dengan
adanya MCA dan MIC dalam BN. Tidak perlu ada dua ultra kiasu. Itupun
bukan mudah untuk menguruskan MCA, kerana semua tahu siapa MCA
sebenarnya. Kalau nak kata MCA kurang mudaratnya berbanding DAP,
berasaskan kedudukan MCA lebih 60 tahun bersama BN, saya kurang setuju.
Mengenali ultra kiasu sekian lama, mereka tidak akan pernah puas.
Kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman, biar Cina kuasai ekonomi, Melayu
kuasai politik, sudah tidak relevan lagi. Hari ini ultra kiasu mahu
kesemuanya.
Akhirnya, saya mohon UMNO dan PAS, hasil kemenangan PKR Tanjung Piai
ini, agar dapat mentarbiyyah dan mendidik MCA (termasuk MIC), supaya
tidak terlalu ultra kiasu. Sifat ini perlu dibendung untuk kebaikan
bersama. Kepada Berjasa, jangan putus asa, perjalanan politik masih jauh
di hadapan. Teruskan perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan
negara. Tidak menang dalam pilihan raya itu bukan beerti kalah. Rakyat
yang melihat dan menilai.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan