Peratusan
keluar mengundi yang berkurangan sehingga 13 peratus dengan sebahagian
besarnya merupakan pengundi Pakatan Harapan (PH), antara faktor
kekalahan parti kerajaan itu di Tanjung Piai.
penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof
Madya Dr Azmi Hassan, berkata, peratusan tersebut merujuk kepada
kehilangan sebanyak 7,000 undi penduduk yang tidak keluar mengundi
berbanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.
Justeru katanya, kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan
penghujung Benua Asia itu bukan disebabkan pertambahan mendadak jumlah
undi yang diperolehi.
“Kemenangan besar BN bukannya terbit dari pertambahan mendadak jumlah
undi yang diperolehi, kerana lebih 25,000 yang diperolehi tidak banyak
beza jika dicampur undi BN dan PAS ketika PRU14.
“Kemenangan besar BN adalah kerana PH kali ini kehilangan 10,000 undi berbanding PRU14.
“Jumlah yang mengundi berkurangan sebanyak 13 peratus, bersamaan 7,000 undi berbanding PRU14.
“Malah, calon Gerakan (Wendy Subramaniam) yang memperolehi 1, 707
undi adalah punca utama kehilangan undi oleh PH,” katanya
Maka dengan itu katanya, penduduk yang tidak keluar mengundi boleh
dikatakan sebagai terjemahan mereka melakukan protes atau cubaan sabotaj
terhadap calon PH.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pergeseran antara DAP
dan Bersatu serta percakaran dalaman PKR menyumbang kepada asbab mengapa
begitu ramai tidak keluar mengundi.
Untuk rekod, peratusan pemilih yang keluar mengundi di PDM majoriti
Cina lebih rendah berbanding jumlah keseluruhan iaitu 74.5 peratus.
Keadaan itu membayangkan ramai daripada pengundi tidak membuang undi, atau pengundi luar tidak pulang untuk mengundi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan