PAS Buat RUU 355..Amanah Buat Apa Perkasakan Mahkamah Syariah ?


Semalam bila aku menulis dan kritik pasal RUU 355 ada kelompok Pentaksub PAS tanya, Amanah dalam sebutan depa PAN buat apa perkasakan Mahkamah Syariah.. Bagu Soalan tu.. Sebab ia mengambarkan cara kedua parti ini berfikir..

Pada pemimpin PAS dan pentaksub depa, Memperkasakan Mahkamah Syariah ini mesti meningkatkan Hukuman.. Mesti tambah sebatan, Denda dan Penjara..Itu saja lambang memperkasakan Syariah.. Inilah pemikiran Taliban..

Untuk mudah faham..Kalau diibaratkan seorang Ayah dan Ketua Keluarga.. Antara Tok Hadi dengan Pak Mujahid.. kalau ditanya bagaimana nak mendidik anak, Jawab Tok Hadi.. anak kena wajib Kena pakai Tudung Labuh, tutup aurat..Kalau nak anak baik kena rotan selalu.. Kena kurung depa dalam rumah..jangan biarkan depa keluar rumah.. nanti Jadi jahat....

Kalau tanya Pak Mujahid, jawapan dia akan kata.. Nak didik anak, bentuk Akhlak dan peribadi depa supaya dihormati dan pandai jaga diri diluar.... Kita kena bagi depa Pelajaran, Bagi Kebajikan, jaga makan minum depa.. hantar ke kelas Tambahan Quran untuk tambah Ilmu..... Nampak tak? satu tujuan tapi cara berbeza..

Walaupun aku ni berbeza pandangan dengan kebanyakan hal ehwal agama, Berbeza pandangan pendekatan dengan Dr Mujahid dalam hal pentadbiran.... Sekurang kurangnya kita kena akui, dalam tempoh 2 Tahun banyak Perkara yang dia buat..

bezanya, PAS fikir pasal menghukum manusia.. Tetapi Amanah berfikir dalam kerangka Maslahah dan memenuhi keperluan Ummat Islam walaupun keduanya adalah jalan memperkasakan Mahkamah Syariah.. bezanya Dr Mujahid melebihkan proses tanfiz(perlaksanaan) disamping ia satu bentuk tasyri'... PAS dok sibuk pasal Tasyri'..

Aku bagi beberapa contoh mudah mudah.. 3 Perkara Utama dilakukan Dr Mujahid dalam Konteks Mahkamah Syariah hanya tidak sampai 2 tahun..

1- Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019..
Bagi aku Penyeragaman Undang-undang Berkaitan Profesion Guaman Syarie bukan sahaja dapat mengangkat profesionalisme Peguam Syarie di negara ini, malah dapat menjadi pencetus ke arah memartabatkan institusi Mahkamah Syariah, malah ia akan jadi badan yang dihormati kamar peguam negara.. depa ada kedudukan..

Dr Mujahid meletakkan profesion Peguam Syariah setanding dengan Peguam sivil iaitu mempunyai badan seperti Majlis Peguam.. Sekurang sekurangnya, Badan Peguam Syariah ini dihormati.. nampak kecil, tetapi ia meletakkan keutamaan..

2- Idea Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah

Bagi aku ini idea dan Proses yang baik, terutama melindungi suri rumah tangga dari kebanyakan Ummat Islam yang tertindas dari kezaliman suami terutama dari kes penceraian dan Poligami..
berbeza dengan PAS, idea mereka..adalah memudahkan poligami.. membiarkan perkahwinan bawah umur kononnya atas nama Sunnah.. Inilah punca masalah atas nama Sunnah..

Hujung tahun lepas..Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk Bank Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencari penyelesaian supaya setiap keputusan dibuat oleh Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah berkenaan sesuatu kes dapat dilaksanakan dengan sempurna dan terikat dengan Undang2...

Nampak tak..dari Permasalahan, Dr Mujahid mencari jalan dan berfikir solusi penyelesaian.. Bukan dok fikir mcm mana nak sumbat suami dia dalam Penjara atau sebat..itu bukan menyelesai masalah....inilah tugas pemerintah.. bukan kerja menghukum..

sebagaimana kaedah Fiqh..
تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة..
“pengurusan imam terhadap rakyat itu bergantung kepada kemaslahatan ”

3- Mahkamah Utama Syariah Di Perak

Sebagai contoh di Perak sendiri.. sebagai satu-satunya negeri yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah, dan mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah di negeri itu.. Biarpun dalam bab ini aku berbeza pandangan.. Tetapi ia satu kejayaan kerajaan PH..

Bulan ini Mahkamah itu sudah mula beroperasi.. walaupun tak sampai 2 tahun.. Bagi aku ini jasa Asmuni Awi sebagai Exco Agama ketika membentangkan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 pada sidang DUN Negeri dua tahun lalu... bukan bagi idea mengarut kempen Poligami.. atau tilawah online..

Bukan kah 3 Contoh diatas antara usaha Kerajaan Pakatan Harapan..Pemimpin Amanah memartabatkan Mahkamah Syariah... ? Jadi sudah sudah lah berbohong..

Dalam Sejarah Negara kita ini, Entah mana jasa PAS dalam perlaksanaan Islam.. ? Sekurang kurang Ds Anwar yang depa tuduh liberal, Dia antara watak yang memperkasa badan Tabung Haji di parlimen pada tahun 1995..biarpun idea penubuhannya datang dari Prof Engku Aziz.. Akhirnya ia memberikan manfaat kepada jutaan Ummat Islam.. begitu juga Idea penubuhan perbankan Tanpa faedah/riba..Perbankkan Islam .. hatta Penubuhan UIA adalah jasa Ds Anwar yang diakui Sheikh Yusuf Qaradawi sendiri..

Apa idea dan Jasa Haji Hadi..Dari dulu kerja Kapirkan(Takfirkan) orang... lepas tu takda idea lain,antara gambaran negara Islam mesti sebat orang..potong tangan orang..Tak habis habis cerita pasal Hudud.. Sampai hari ini dia dok sibuk nak tambah Hukuman dan Denda di Mahkamah Syariah sebagai lambang pemerkasaan Mahkamah Syariah..

Kalau banding jasa dan idea Ds Anwar, Dr Mujahid dengan Haji Hadi.. Bagai langit dengan bumi.. Faqih lagi Dr Mujahid dan Ds Anwar dari yang dikata Ulama Dunia.. berhimpun berpuluh ribu kat padang merbok itu bukan cara perkasakan Mahkamah Syariah..Itu cara kelompok Khawarij menipu pengikut dia sebagaimana slogan Negara dan daulah Islam ISIS.....

Ipohmali
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan