Pau,Ruu355 Dan Baitul Maqdis

Oleh Ridzwan Abu Bakar

1.Perhimpunan Agung Umno (PAU) adalah himpunan perdana puja pemimpin, hentam pemimpin pembangkang, baca seloka, sekali sekala adalah suara 'Ustaz' Umno terselit untuk menyucikan Umno seperti Ashraf Wajdi, Fathul Bari dan Shamsul Debat. PWTC akan meriah dengan pesta 'gaya' busana, pesta tayang kereta mewah dan Ku Nan akan umumkan jumlah KG daging dan ayam yang digunakan. Rakyat? Terimalah GST, kenaikan harga barang, redhalah dengan pemimpin terbaik (kononnya - buat masa ini, kerana selepas ini perwakilan PAU akan maki Najib pula seperti depa maki Tun M sekarang ini). ITULAH PAU; DULU DAN KINI

2. RUU 355, satu ciptaan sejarah yang amat gemilang, mana pernah apa-apa pindaan undang-undang terpaksa didahului dengan himpunan-himpunan solidariti dan sokongan. Masjid, surau dan markaz-markaz Pas berubah menjadi mahkamah akidah untuk menentukan 'kesahihan' akidah 'para penentang' RUU 355. Setelah beberapa kali tangguh dan berakhirlah sidang parlimen sebelum PRu dipanggil, ternyata RUU tidak berjaya diluluskan kerana ia belum dibentangkan..... Kata Nik Amar "sekarang RUU bukan lagi urusan Pas", ai mudahnya kamu, sekerat negeri orang dimurtadkan, sekarang anda ingin berlepas diri? Sepatah kata "Memang celaka !".

3. Baitul Maqdis diiktiraf sebagai ibu kota Israel oleh Trump. Anda pelik? TIDAK ! Kerana itu mereka, namun kita belum jadi KITA yang sebenar !
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan