Adnan MB paling buruk perangai

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob merupakan Menteri Besar yang paling buruk perangai dan tidak layak untuk terus menjadi wakil rakyat di negeri Pahang.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah menegaskan, pengundi di Dun Pelangai tidak perlu lagi memberi undi kepada Dato’ Seri Adnan jika beliau masih menjadi calon pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Katanya, tindakan beliau mencabar ketua pembangkang negeri itu untuk bertumbuk selepas perang mulut di sidang Dewan Negeri adalah suatu perkara yang sangat luas biasa dan pelik.

Ini kerana tambah beliau sebab Adnan merupakan seorang Ketua kerajaan negeri Pahang yang mempunyai kuasa tetapi telah menawarkan perkara yang tidak masuk akal.

“Adnan bukan sahaja sebagai seorang Menteri Besar yang menguasai kerajaan tetapi beliau juga seorang yang berpengalaman dalam bidang politik,” tegasnya.

Beliau yang juga Adun Bangi berkata, sudah menjadi perkara biasa apabila seseorang itu hilang pertimbangan maka perkara yang diluar dugaan akan berlaku.

“Saya melihat tindakan Adnan itu sangat pelik dan tidak wajar berlaku. Menteri Besar seperti ini mesti diajar dan tidak sepatutnya beliau diberikan undi lagi pada PRU nanti,” tegasnya.

Ini kerana tambah beliau, bukan sekali perkara seumpama itu berlaku dibuat oleh Adnan malah sebelum ini beberapa kali beliau telah menunjukkan adegan lucah termasuk berlagak samseng di khalayak.

“Apakah Menteri Besar seperti ini yang akan terus memimpin rakyat Pahang dan menjadi contoh kepada generasi muda di masa hadapan,” soalnya.

Rekod mencatatkan, per tengkaran bermula apabila Tengku Zulpuri yang juga anggota dewan undangan negeri Adun Mentakab berkata kerajaan negeri patut memberi lebih peruntukan untuk menangani masalah banjir di kawasannya.

Sejurus kemudian, Dato’ Seri Adnan Yaakob mencabar ketua pembangkang negeri itu untuk bertumbuk selepas perang mulut di sidang Dewan Negeri.-








Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan