AMARAN agar Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad tidak
datang ke Pekan, kawasan Perdana Menteri Najib Razak menunjukkan mereka
mengaku untuk buat kecoh.
Dr Mahathir berkata penduduk di Pekan sedang menunggu beliau untuk menyambut kedatangannya itu.
“Pemimpin Umno Pekan itu buat pengakuan supaya (mereka dapat) buat
kacau. Orang lain tak ada. Orang ‘dok’ (sedang) tunggu saya datang.
Sekarang Umno kata (akan) berlaku rusuhan (daripada) Umno,” kata beliau
dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di
Petaling Jaya hari ini.
Beliau dijadualkan melawat orang Asli dan Peneroka Felda Chini di
Pekan esok dalam siri lawatan rakyat beliau. Bekas perdana menteri itu
tenang dan menegaskan tidak akan membatalkan lawatan tersebut.
“Apa nak takut saya tak boleh buat apa- apa tak bawa senjata, cuma bercakap sahaja,” katanya.
Malaysiakini melaporkan Umno Pekan memberi amaran kepada Dr Mahathir
supaya membatalkan lawatannya ke kawasan itu petang esok kerana
penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan beliau kerana "berbohong
kepada peneroka" ketika menjadi perdana menteri.
"Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan
"Malah polis mengatakan lebih baik tidak adakan program ini," kata
ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Abdul Rahim Yahya seperti dipetik
portal berita itu.
Rahim, yang juga ketua biro kebajikan Felda Umno Pekan, berkata
penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana "berbohong
kepada peneroka" ketika menjadi perdana menteri.
"Dia berbohong mengenai pemberian saham dan pada akhirnya, peneroka tidak boleh mendapatkan saham mereka," katanya.
Hari ini, The Malaysian Insight melaporkan yang permit polis
untuk ceramah Dr Mahathir sudah diperolehi dan program itu tiada kena
mengena dengan Felda kerana ia dilakukan di salah sebuah rumah penyokong
PH.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan