Apa yang disebut Tengku Razaleigh tanda Malaysia semakin gagal, kata Lim Kit Siang

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah memberikan satu lagi contoh mengapa Malaysia kini menjadi negara yang semakin gagal, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Justeru, Malaysia akan tersisih ke belakang jika kita semua tidak segera memperbaiki keadaan dan mengatasi halangan, memetik tulisan beliau dalam blognya semalam.

Menurut Lim, dalam satu temu bual ekslusif dengan Free Malaysia Today (FMT) baru-baru ini, Razaleigh dilaporkan berkata, beliau terkejut apabila mendapat tahu terdapat sesetengah penjawat awam hari ini tidak tahu menulis dalam Bahasa Inggeris dengan betul.

“Ramai orang kita, malah dalam perkhidmatan kerajaan, tidak tahu menulis surat yang mudah. Saya malu. Apa yang boleh saya simpulkan, pendidikanlah yang membawa orang kita ke belakang. Siapa yang menderita? Satu negara.

“Saya menghadiri banyak persidangan antarabangsa.

“Sebelum ini, disebabkan kita boleh berbahasa Inggeris, walaupun tidak begitu baik, mereka sentiasa panggil kita. Bukan orang Indonesia, bukan juga orang Filipina yang bercakap dalam Bahasa Inggeris setiap masa.

“Tetapi sekarang tidak ada sesiapa mahukan kita, sebab kita tidak tahu menulis, dan apa yang ditulis tidak dapat dibaca,” kata Razaleigh menurut laporan FMT.

Razaleigh juga berkata, kebanyakan negara jiran kini lebih baik dan Malaysia tertinggal di belakang.
Kata Lim, apa yang disebutkan oleh Razaleigh itu merupakan satu alasan yang kuat bahawa Malaysia perlu dibina semula, bermula dengan menggantikan kerajaan pusat Umno-BN dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 nanti.

“Beri isyarat pada dunia bahawa rakyat Malaysia hendak menyelamatkan Malaysia,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan