PETALING
JAYA: Keputusan Kabinet menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja
(RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia lebih 20 tahun lalu
yang berlaku di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya
memberikan pengajaran kepada Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak awal
dalam isu 1MDB, kata seorang wakil rakyat PKR.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penubuhan RCI itu
adalah kerana Dr Mahathir sendiri tidak menubuhkan suruhanjaya sama
ketika skandal matawang melibatkan bank pusat itu hangat pada awal
1980-an dan 1990an.
“Pengajaran untuk Dr Mahathir: dia sepatutnya menubuhkan RCI apabila skandal itu dibongkar pada awal 1980-an,” kata Wong Chen.
“Pengajaran untuk Najib: lebih baik tubuh RCI mengenai 1MDB sekarang
daripada ditubuhkan orang lain pada masa depan,” katanya di Facebook.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata hasil laporan pasukan
penyiasat khas mengenai skandal era Dr Mahathir, terdapat kes prima
facie bagi kerugian BNM akibat dagangan mata wang asing pada sekitar
1980-an dan 1990-an.
“Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merangkaikan isu ini yang
membelenggu negara sejak 23 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan