Penarikan balik darjah dan bintang kebesaran daripada Tun Dr Mahathir
Mohamad, Husam Musa dan Wan Rahim Wan Abdullah meletakkan anugerah
darjah dan bintang kebesaran tidak bernilai di mata rakyat, ujar Ahli
Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, apabila pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat pula
masih lagi menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.
“Seolah olah Rakyat sedang melihat anugerah bintang kebesaran hanya
layak diberi dan terus kekal oleh penyandangnya dari kalangan
penyamun,perompak dan lanun negara.
“Namun di hati kecil saya berasa sedih kerana melihat penarikan ini
telah mencalarkan nama baik institusi Raja-Raja Melayu apabila berlaku
diwaktu rakyat sedang mempersoalkan cara pemimpin mengurus tadbir
kerajaan Malaysia dan gaya pemimpin kleptokrat negara.
“Situasi ini membimbangkan saya rakyat mempunyai persepsi melihat
seolahnya Raja-Raja Melayu menjadi pelindung dan mempertahankan kerajaan
serta pemimpin kleptokrat negara dari kalangan Umno BN,” ujarnya dalam
kenyataan.
Beliau mengulas mengenai Naib Presiden Parti Amanah Negara Husam Musa
dan Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sultan Muhammad V menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kedua
(Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat
Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).
Kata Mahfuz lagi, sewajarnya Majlis Raja-Raja Melayu perlu memadamkan
persepsi ini agar rakyat tidak menyalahkan Raja-Raja Melayu atas
kerosakan negara akibat dari kerajaan dan tangan pemimpin kleptokrat
Umno-BN.
“Apa yang semua rakyat mahukan adalah institusi Raja-Raja Melayu di
pertahan dan dihormati. Majlis Raja-Raja perlu memberikan suntikan nafas
baru pada institusi Raja-Raja Melayu mengikut kesesuaian dengan
persekitaran dan pemikiran baru masyarakat agar ianya dipandang mulia
oleh masyarakat.
“Hakikatnya isu penarikan balik darjah dan bintang kebesaran ini
menambahkan kekuatan keazaman dan kebulatan tekad rakyat Malaysia untuk
membuat perubahan dan peralihan kuasa politik Malaysia dan negeri
negeri.
“Rakyat Malaysia tidak berganjak dan bertolak ansur dengan soal
integriti kerajaan dan pemimpin negara yang membawa kerosakan negara.
“Menjadi tanggungjawab bersama raja dan rakyat untuk membina semula Malaysia,” ujarnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan