Oleh Faiz Zainudin
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) mahu menghentikan pencalonan orang
luar sebagai speaker Dewan Rakyat bagi membebaskan jawatan pengerusi
majlis itu daripada pengaruh perdana menteri dan meningkatkan mutu
perbahasan.
Calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya PH
membentuk kerajaan, gabungan itu mahu memastikan hanya seorang Ahli
Parlimen yang dipilih oleh Ahli Parlimen memegang jawatan penting itu.
Dalam sistem sedia ada, mana-mana Ahli Parlimen, kecuali seorang
menteri atau setiausaha Parlimen, atau orang bukan Ahli Parlimen yang
layak boleh dicalonkan ke jawatan itu. Pencalonan mesti diserahkan oleh
pihak ketiga yang mesti seorang Ahli Parlimen dan disokong oleh seorang
Ahli Parlimen.
Perubahan yang diajukan oleh PH itu nanti menyerupai proses di United Kingdom.
“Dulu speaker daripada Ahli Parlimen tapi sekarang diambil dari luar
Parlimen. Lagak speaker seolah-olah memihak kepada kerajaan dan
menghalang debat sehingga Ahli Parlimen tidak boleh berbahas apa yang
tidak disukai kerajaan,” kata Dr Mahathir pada sidang media hari ini.
Bekas perdana menteri itu membidas terutamanya speaker Dewan Rakyat
sekarang, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ahli Umno itu walaupun bukan Ahli
Parlimen diumumkan sebagai speaker Dewan Rakyat selepas pilihan raya
umum 2008.
“Parlimen tidak diberi peranan yang sewajarnya…ia hanya untuk
tunjukkan sandiwara,” kata Dr Mahathir mempersoalkan amalan tidak
membahaskan isu selepas ia mendapat undi mencukupi daripada majoriti
anggota Dewan.
Beliau turut mempertikaikan amalan mendapatkan persetujuan speaker terlebih dahulu untuk membahaskan satu-satu isu.
“Speaker tidak boleh bermaharajalela seperti sekarang. Kita kena buat pengasingan kuasa,” katanya.
Sidang media hari ini berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana
bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Dr Mahathir berkata menghentikan pencalonan orang luar hanya salah
satu daripada beberapa cadangan penambahbaikan untuk membetulkan sistem
Parlimen.
Cadangan lain yang disebutkan hari ini ialah penubuhan jawatankuasa
Parlimen untuk memantau setiap kementerian. “Sistem hanya boleh diubah
jika PH memerintah.”
Ketika ditanya mengapa penambahbaikan ini tidak dilakukan semasa
beliau memerintah, beliau berkata isu-isu itu tidak berlaku semasa
pentadbirannya.
“Saya mengikut apa yang ada dalam undang-undang. Najib lain,” katanya.-FMT
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan