Tiada laluan mudah PAS untuk menang di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Batu Buruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini,” kata calonnya
Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Kenyataan itu, sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang
mengatakan beliau akan mendapat laluan mudah apabila Barisan Nasional
(BN) meletakkan calon yang didakwa tidak popular dalam kalangan
pengundi, Zamri Awang Hitam pada pilihan raya umum kali ini.
“Umum mengetahui di Terengganu ini adalah pertembungan antara PAS dan
Umno sejak dahulu lagi, namun tidak ada laluan mudah kepada PAS.
Politik di Malaysia bukan politik parti dengan parti, sebaliknya parti
dengan jentera.
“PAS pula bergerak dengan jentera sendiri berbanding BN. Umumnya juga
(mengetahui), politik pilihan raya di Malaysia, politik tidak sama di
atas satu padang. Jadi saya yakin dan percaya mereka yang kata ia laluan
mudah, sebenarnya tidak melihat realiti politik di negara ini,” katanya
ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Datuk Raja Kamarul
Baharin Shah mendakwa BN menurunkan calon lemah untuk memberi kemenangan
mudah kepada PAS di DUN Batu Buruk untuk berdepan dengan Muhammad
Khalil yang juga Ketua Pemuda parti itu.
Raja Kamarul Baharin Shah yang akan mempertahankan kerusi Parlimen
Kuala Terengganu yang dimenanginya pada PRU13 atas tiket PAS itu bakal
berdepan Muhammad Khalil dan Zamri dalam PRU14 ini. -Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan