Untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini, calon Pas bertembung
dengan calon Berjasa, kedua-duanya daripada Gagasan Sejahtera di dua
kerusi, satu kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen.
Melalui semakan senarai calon PRU14, didapati untuk kerusi P. 078
Parlimen Cameron, Pahang, calon Pas Cikgu Wan Mahazir akan bertembung
dengan calon Berjasa Ustaz Tahir, selain dua calon lain daripada PKR dan
Barisan Nasional (BN) bagi pertandingan empat penjuru.
Calon PKR adalah Manogaran dan calon BN pula ialah Datuk Sivarraajh Chandran.
Bagi kerusi Dun N. 07 Batu Kurau, Perak, calon Pas, Ustaz Shahir
Hassan bertembung dengan calon Berjasa, Zainal Abidin Hj. Abd Rahman,
selain dua calon lain daripada PKR dan BN untuk pertandingan yang juga
empat penjuru.
Calon PKR adalah Muhamad Aiman Aizuddin, manakala calon BN adalah Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan