Kuasai tujuh bahasa, pengawal elak bahasa ‘ayam dan itik’

PUTRAJAYA, 27 Ogos — Seorang pengawal keselamatan Masjid Putra di sini menguasai tujuh bahasa bagi memudahkan komunikasi dengan pelancong luar negara.

Mohamad Khairul Azhar Mohd Razali, 19, menguasai bahasa Mandarin, Vietnam, Korea, Jepun, Thailand, Perancis dan Inggeris, lapor Sinar Harian.

“Apa yang saya buat ini sebenarnya adalah atas usaha sendiri untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan pelancong yang datang,” kata anak ketiga daripada lima beradik.

“[Ini] kerana hendak menggunakan isyarat tangan juga sukar kerana boleh disalah tafsirkan”.

 Beliau tekad menguasai banyak bahasa berikutan masalah komunikasi “ayam dengan itik” dengan pelancong ketika mula bertugas.

“Lagi-lagi pelancong dari negara China, mereka hanya pandai sebut Yes sahaja. Bahasa Inggeris memang mereka tidak tahu langsung,” katanya.

Sekalipun berperwatakan ceria, pemuda asal Kampung Simpang Tiga Bukit Kechik, Gunung, Bachok, Kelantan tegas dengan pelancong yang ingkar berkaitan aurat di dalam masjid.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan