Saifuddin percaya Anwar mahu Rafizi kuasai PKR

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Setiausaha agung PKR percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu calon timbalan presiden Rafizi Ramli menjadi penggantinya.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail merujuk buku berjudul Anwar Returns: The final twist yang menyatakan pilihan ketua umum parti itu.

Karya peguam Australia Mark Trowell dilancarkan semalam menyebut Rafizi sebagai penggantinya sewaktu dipenjara dulu, lapor Malaysiakini.

Anwar menjawab “seseorang seperti naib presiden PKR Rafizi Ramli” apabila ditanya pilihan bakal presiden PKR, kata Saifuddin lagi.

Tambah menteri itu, nama Rafizi disebut oleh Anwar sebanyak dua kali di dalam buku tersebut tetapi tidak memetik nama pemimpin lain dalam parti.

“Jelas Anwar menghargai keupayaan dan kemahiran Rafizi, beliau membuat kerjanya dengan betul dan memberi kesan serta mengubah sokongan rakyat kepada Harapan pada pilihan raya 2018 lalu.

“Kami berbangga kerana memiliki aset sebegini dan terpulanglah pada anda untuk memutuskan kedudukannya dalam pemilihan (PKR) ini,” katanya.

Saifuddin, yang dikenali berada dalam kem Rafizi, berucap demikian pada majlis sambutan 20 tahun Reformasi anjuran PKR di Pulau Pinang semalam.

Rafizi mencabar penyandangnya Datuk Seri Azmin Ali, musuh politik beliau yang dibayangkan oleh menggugat kedudukan Anwar sebagai perdana menteri.

Nurul Izzah Anwar, seorang lagi naib presiden, menyeru ahli PKR memilih “pimpinan yang setia walau tidak memegang jawatan kerajaan”.

Pemilihan PKR bermula bulan depan sehingga Oktober. Calon-calon yang bertanding mengumumkan penyertaan mereka sejak awal bulan ini.

Julai lalu, sebelum Azmin mengumumkan untuk mengekal jawatannya, Saifuddin dilaporkan berkata menteri ekonomi setia pada Anwar.

“Setakat pandangan peribadi saya mengenali beliau, Azmin akan berikan dukungan kuat kepada Anwar,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau memberi reaksi setelah muncul ura-ura Azmin mungkin bertanding jawatan presiden PKR, kini dimenangi Anwar tanpa ditandingi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan