Meskipun baru menyambut ulangtahun ketiga, AMANAH melahirkan
kesyukuran kerana dapat bersama parti-parti lain dalam Pakatan Harapan
(PH) menamatkan rejim kleptokrasi Umno-BN dalam PRU14 yang lalu.
Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata
dengan kerjasama Pakatan Harapan, parti-parti anggotanya yang terdiri
daripada PKR, DAP,Bersatu dan AMANAH akhirnya telah berjaya membebaskan
negara berkat sokongan rakyat.
“Sempena dengan Sambutan Ulangtahun AMANAH kali ke-3 pada 22
September 2018 di Temerloh, saya mengucapkan terima kasih kepada semua
pimpinan dan aktivis yang telah bertungkus lumus berjuang bersama demi
masa depan negara tercinta,” katanya dalam perutusan khas hari ini
sempena acara berkenaan.
Perjuangan Islam katanya, perlu diteruskan tanpa mengira wadah yang menjadi pegangan semasa.
“Saya bernasib baik diberi peluang untuk bersama-sama 33 orang
pimpinan daripada Pas mengadakan retreat di Hotel UiTM Shah Alam pada
bulan Ramadhan 2015 bagi membincangkan betapa perlunya susunan baru
menyelamatkan kerjasama politik Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Tidak lama sebelum itu katanya, Muktamar Pas 2015 yang berlangsung di
Kuala Selangor telah
membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP
dan PR.
“Perjumpaan yang berjalan daripada pukul 10.00 pagi hingga berbuka
puasa bersama telah mencapai beberapa persetujuan termasuk menimbangkan
nama Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.
Menurutnya AMANAH akhirnya diisyhtiharkan pada 31 Ogos 2015 di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.
“Majlis pelancarannya pula diadakan pada 16 September tahun yang sama bertempat di IDCC Shah Alam,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan