Penubuhan Majlis Bahasa Melayu perlu diperhalusi bagi mengelakkan
berlaku pertindihaan kuasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, kata Pemuda
AMANAH Nasional.
Bagaimanapun Ketua Pemudanya Mohd Sany Hamzan berkata, cadangan
kementerian pendidikan itu wajar disambut baik dikalangan pencinta
Bahasa.
“Penubuhan majlis ini diharap dapat membantu mengembalikan martabat
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan memberikannya fungsi yang
berkesan selaras dengan objektif penubuhannya.
“Penubuhan majlis ini haruslah diperhalusi dengan cermat bagi
mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa dengan Dewan Bahasa &
Pustaka.
“Pandangan serta kritikan dari pakar-pakar dan pejuang-pejuang Bahasa
wajar diambil kira oleh kerajaan bagi memastikan penubuhan majlis ini
dibuat dengan baik dan tidak bersifat separuh masak,” ujarnya dalam
kenyataan.
Adun Taman Templer ini juga berkata,Penubuhan majlis ini sekaligus
membuktikan iltizam Pakatan Harapan untuk terus memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub di dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Pada Isnin Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan menubuhkan Majlis
Bahasa Melayu yang berperanan untuk menyebar luas dan mengiktiraf
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) di dalam dan luar negara.
berkata penubuhan majlis itu adalah antara langkah yang akan diambil
kerajaan dalam tempoh lima tahun ini untuk terus memperkasakan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dan memberikannya peranan yang lebih proaktif
setaraf dengan pusat serta institusi bahasa di negara maju.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr Mohd Nor Monutty mengenai
perancangan merombak DBP agar setara dengan institusi antarabangsa di
Dewan Negara.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan