Hairul Nizam Tohar “tidak gembira” dengan kerjasama dalam dua pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini, lapor Selangor Kini, akhbar rasmi kerajaan Selangor.
“Desas-desus PAS mahu bersama Umno sudah lama saya dengar dan kaji. Akhirnya bila PRK DUN Sungai Kandis, ia jadi kenyataan, maka sampailah masa saya meninggalkan PAS,” katanya.
Beliau berkata PAS juga secara terang-terangan menyokong MCA yang sebelum ini lantang menentang pelaksanaan hudud.
“Pemuda PAS Kota Raja juga memohon penjelasan daripada pimpinan berkenaan langkah bergandingan dengan Umno,” katanya.
PAS tewas PRK Sungai Kandis bulan lalu dan Seri Setia ketika menentang calon Pakatan Harapan (PH).
Syabas, Saudara Hairul Nizam. Keputusan itu tepat. Semoga saudara memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.
BalasPadam