Bila sudah jadi kerajaan henti rompak duit rakyat, kata Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan kerajaan supaya tidak mengulangi segala kesilapan yang telah dilakukan semasa pentadbiran kerajaan BN terdahulu.

Kata Anwar lagi, apabila rakyat telah memilih PH sebagai kerajaan, maka rompakan duit rakyat harus segera dihentikan.

Malah ujar beliau, sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau telah berjaya menghentikan pelbagai rompakan.

Tambahnya, pelbagai kepincangan dalam Tabung Haji, Felda dan agensi kerajaan yang lain telah berjaya dihentikan ketika ini.

“Kita rancang ekonomi, jangan pula hanya tengok atas kertas sahaja.

“Sebagai kerajaan kita mesti turun ke bawah.

“Selami setiap masalah yang dihadapi oleh penoreh getah bersama keluarga mereka,” ujarnya semasa berucap pada program bertemu penoreh getah di Mukim Pedu, Padang Terap, Kedah semalam.

Tegas Anwar lagi, apabila harga getah turun, maka ia memberi masalah besar kepada penoreh getah khususnya yang hanya mengambil upah menoreh dan bukan tuan tanah.

 “Kerajaan harus beri pertimbangan yang sewajarnya dan mengambil pandangan penoreh getah dengan serius.

 “Setiap keluhan mereka mesti didengari dan diberi perhatian agar nasib mereka terus dibela.
“Apa yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada penoreh getah wajib sampai ketangan mereka, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu kata Anwar, beliau akan membawa perkara ini dalam sidang Parlimen minggu hadapan agar perkara ini diberi perhatian.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan