IPOH 16 Mei -
Kenyataan pemimpin UMNO bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU-15) diadakan secara mengejut menunjukkan parti itu masih terkejut
dengan kekalahan dalam PRU-14.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO,
Tengku Razaleigh Hamzah semalam tidak wajar.
Menurutnya, ini kerana PRU-14 baru setahun diadakan dan tempoh empat tahun lagi untuk PRU-15 diadakan.
“Saya
rasa dia masih terkejut bahawa UMNO tewas pada pilihan raya lepas. Saya
rasa kita perlu akur kepada pilihan rakyat dan kalau mereka masih
terkejut, belajar untuk ‘move on’.
“Kalau
sudah jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik. Pilihan raya
lepas baru sampai satu tahun dan kita ada empat tahun lagi, mereka sudah
hendak fokus kepada PRU yang baharu,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis doa
kesyukuran dan berbuka puasa anjuran Armada Bersatu Perak di Laman Seri
Ridzuan di sini hari ini.
Semalam, Tengku
Razaleigh berkata, UMNO perlu mula bersedia bagi menghadapi sebarang
kemungkinan termasuk berlakunya PRU-15 secara mengejut.
Tengku
Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, persediaan
tersebut termasuklah berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi yang
perlu dibincangkan bersama rakan parti pembangkang iaitu, Pas serta
parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
Syed
Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kerajaan tidak boleh
hanya memfokuskan kepada PRU sebaliknya perlu mentadbir dengan cekap dan
terus berkhidmat kepada rakyat berbilang bangsa dan agama.
“Ketika ini adalah masa untuk ke hadapan setelah rakyat bersuara dalam PRU yang lalu,” katanya. -
0 comments:
Catat Ulasan