Kerajaan baharu mungkin gugur kes besar, kata Marina Mahathir

KERAJAAN baharu mungkin “menggugurkan” beberapa kes jenayah yang melibatkan pemimpin tertinggi, seperti perbicaraan 1MDB Najib Razak, kata aktivis Marina Mahathir pada perhimpunan anti-Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur malam tadi

Beliau berkata bahawa kerajaan Perikatan Nasional yang menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan mungkin membebaskan usahawan buruan, Low Taek Jho daripada semua pertuduhan.

Bagaimanapun, aktivis itu berkata jika kes itu digugurkan di sini, Jabatan Kehakiman AS masih akan meneruskan siasatan mereka.

“Mereka mempunyai banyak kes terhadap mereka, saya fikir kita akan lihat mereka akan kalah semua kes tersebut.

“Jika kita melihat Jho Low boleh berjalan semula, maka kita tahu (kesnya digugurkan).

“Apa pun, jika mereka menggugurkannya di sini, ia tidak menghalang Jabatan Kehakiman AS (untuk meneruskan pertuduhan),” katanya pada perhimpunan yang mengumpulkan kira-kira 200 orang.

Bekas perdana menteri Najib Razak menghadapi 42 pertuduhan pecah amanah, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram dalam lima kes jenayah berhubung 1MDB.

Pagi ini, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu mengikut Artikel 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin dijangka mengadakan perbincangan dengan parti-parti dalam kerajaannya bagi membentuk kabinet tidak lama lagi.

PAS dan Umno juga kini turut berada dalam kerajaan.

Mereka adalah sebahagian daripada perancangan bagi membentuk kerajaan baharu dengan bekas rakan kongsi Pakatan Harapan, Bersatu, yang diketuai Muhyiddin sebagai presiden.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan