Tun M: Saya rasa dikhianati oleh Muhyiddin

KUALA LUMPUR,— Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang merancang untuk menubuhkan kerajaan tanpa Pakatan Harapan (PH) sejak lama, orang sama yang baru mengangkat sumpah sebagai perdana menteri hari ini.

Ditanya jika kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyebabkan krisis politik negara, Dr Mahathir sebaliknya berkata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih mengecewakannya.

“Dia (Azmin) ada agenda sendiri tetapi dia pilih untuk bekerja dengan Muhyiddin,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al-Bukhary.

“Tetapi saya paling terasa dikhianati oleh Muhyiddin. Dia dah lama merancang dan kini dia berjaya.”
Dr Mahathir juga mendedahkan tindakan Muhyiddin melantik diri sendiri sebagai presiden PPBM tidak mengikut undang-undang.

Disebabkan itu katanya dia tidak ada kuasa untuk menyingkirkan Muhyiddin daripada PPBM kerana kuasa parti terletak ditangan wakil rakyat Pagoh.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan