Sikap Pas hari ini terhadap pelantikan Datuk
Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah
dipersoalkan selepas pernah menggelar bekas Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) itu sebagai liberal.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar
berpendapat antara hikmah daripada penguguran Speaker Dewan Rakyat Tan
Sri Mohamad Ariff Md Yusof adalah mengambarkan sikap sebenar Pas.
“Asal bersama mereka liberal pun tidak mengapa,” ujarnya dipetik dari Facebook hari ini.
Azhar juga dikenali sebagai Art Harun merupakan peguam hak asasi
manusia sudah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi SPR, 29 Jun lalu.
Sehubungan itu, Ustaz Ridzwan menyifatkan Pas tidak memperjuangkan Islam sebaliknya hanya menunggang agama.
“Nampak tak? Pas tak berjuang Islam pun, Pas hanya tunggang agama (macam kata Muhyiddin Yasin).
“Art Harun yang bakal diundi oleh Pas (dan sudah pastinya akan
disoalkan di akhirat seperti yang sering diceramahkan) adalah seorang
yang dikatakan ‘liberal’ oleh Pas.
“Ertinya apa? Liberal sudah ok atau Pas sudah gelong?” bidasnya
sambil menyertakan gambar yang ‘pernah’ disebarkan oleh Pas sebelum ini.
“Bersama Art Harun adalah Siti Kasim yang pernah diisytiharkan oleh
bekas calon Pas sebagai musuh Allah,” tambah Ustaz Ridzwan lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan