Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Dasuki Abdul Rani
menyifatkan Muafakat Nasional (MN) sebagai kesepakatan ummah yang sangat
luar biasa.
Penceramah yang pernah mengadakan solat tahajjud untuk tiga malam
ganjil terakhir bulan Ramadan secara langsung di Facebook (FB) itu
berkata, MN telah menghapuskan perselisihan yang lama berlarutan antara
Pas dan Umno.
“MN lahir daripada linangan air mata keinsafan bersama. MN adalah
milik rakyat, milik semua. Justeru, marilah kita sama-sama mendukung
amanah rakyat ini dan meneruskan perjuangannya hingga berjaya,” katanya.
Anak saudara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat itu berkata demikian sempena ulang tahun setahun penubuhan MN.
“Kesepakatan ummah ini telah membina kekuatan politik yang sangat
luar biasa, lantas membenamkan perbalahan bertahun-tahun antara dua
gergasi parti wakil umat Melayu Islam ini,” tulisnya di FB.
Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam yang terkenal dengan kuliah
berkaitan cerita tentang azab kubur itu juga berharap tiada tertinggal
dalam perubahan pemerintahan di negara ini.
“Pas Kawasan Shah Alam (PKSA) melahirkan rasa syukur atas kejayaan
ini dan menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bersama MN, jangan ada
yang tertinggal untuk kita merubah landskap pemerintahan negara ini bagi
menjunjung aspirasi agama dan negara.
“PKSA juga menuntut persahabatan erat kedua-dua parti diteruskan di samping penyertaan parti PPBM sebagai rakan baharu MN…
“… dijauhi api permusuhan walaupun sekecil mana yang boleh
memudaratkan rahmah dan merugikan perjuangan ummah,” ujar bekas calon
Pas untuk DUN Kota Anggerik pada PRU 2018 lalu itu lagi.
0 comments:
Catat Ulasan