Pengundi Sabah tidak ghairah dengan personaliti Muhyiddin, kata Ilham Centre

 


Populariti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi impak bermakna kepada pengundi Sabah, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim.

Beliau berkata, pengundi kurang menunjukkan minat dan perhatian terhadap populariti Muhyiddin yang agak tinggi dalam konteks Nasional biarpun mencecah sehingga 90 peratus sokongan dalam beberapa segmen di Semenanjung.

Menurutnya lagi, kedatangan tokoh-tokoh pembangkang dari Semenanjung yang membantu Warisan Plus juga tidak banyak memberi kesan kepada kempen.

“Pengundi Sabah tidak menunjukkan reaksi ghairah kepada personaliti PM yang dipotretkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), (sebaliknya) mereka lebih tertarik kepada mauduk tempatan.

“Kehadiran pemimpin Semenanjung ke kawasan pengundi Bumiputera Sabah pula bukan sahaja tidak memberi pulangan berbaloi, bahkan berisiko menghasilkan ‘backfire’ kepada parti yang dibantu.

“Inilah menariknya politik Sabah, inilah yang menguji minda kami penyelidik lapangan ke tahap maksimum, semua elemen perlu diteliti dengan sangat meluas dan mendalam,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Pada masa sama Yusri berkata, isu-isu nasional tidak banyak memberi kesan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan