Oleh Mohd Sayuti Omar
BUDAK-BUDAK (bodekis) Najib Razak yang jadi setiawan dan menjadi pendolor punggungnya terus mengemukakan bukti berupa fakta yang Najib adalah PM terbaik.
Berbagai fakta dihimpun dan dieksploitkan bagi menggambarkan kehebatan dan kemurnian bekas perdana menteri sembilan tahun itu.
Diceritakan dibawah pentadbiran Najib selama sembilan tahun, asset negara meningkat, manakala ekonomi berkembang macam bunga raya kembang pagi. Dan merujakan kononnya Najib tidak menjahanamkannya? 😂😄😄
Hutang pula, walaupun hutang kerajaan melonjak RM687 billion dari RM324 billion ketika berkuasa, kadar dalam negara kasar (KDNK) juga meningkat RM659 billion bagi tempoh sama.
Figure itu lebih baik berbanding dengan pentadbiran PH dan PN, kadar hutang melonjak RM1 billion, manakala KDNK meningkat cuma RM224. 5 billion bagi tempoh sama.
Diceritakan juga Najib tidak pernah menjarah Petronas, 😇😇sebaliknya dengan menambah syarikat minyak kebangsaan itu mengutip surplus RM227 billion dalam tempoh sembilan tahun. Sebaliknya dibawah PH dan PN, Petronas mengalami defesit RM12.9 billion dalam tempoh empat tahun.
Selain itu, bercerita lagi bebudak (bodekis) Najib yang menjadi pendolor punggung suami Rosmah Mansor itu, ketika pentadbirannya aset bersih Khazanah Nasional naik hampir empat kali ganda kepada RM116 bilion dari RM33 bilion, tetapi jatuh mendadak selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang melihat PH mengambil alih pentadbiran.
Ditokok lagi dengan cerita nilai matawang ringgit serta indeks Bursa Malaysia juga tidak pernah memulih ke paras sebelum PRU14 dalam masa PH dan PN sehingga kini – malah jauh lagi lemah berbanding bulan April 2018 sebelum PRU14.
Begitu juga purata dividen serta hibah tabung simpanan kerajaan adalah jauh lebih tinggi ketika pentadbirannya berbanding selepas PRU14.
Ah.. banyak pencapaian dan kebaikan Najib diukir dan dilorek. Najib menjadi objek yang dilukis begitu indah dan menakjubkan.
Cuma dalam kesempurnaan itu, satu yang tidak dikumpul dan dihitung, bahawa Najib juga jadi perdana menteri pertama Malaysia yang menerima tuduhan terbanyak di mahkamah dengan pelbagai tuduhan rasuah, menyalahgunakan kuasa, pengubahan wang haram dan sebagainya. Yang tidak didakwa ke atasnya hanya kes khalwat di pantai sahaja.
Itu juga rekod cemerlang dan bajingan bagi Najib yang perlu diketahui oleh "bodekis) Najib dan para cybertroopernya.
Dan rekod serta sejarah besar Najib untuk negara ialah beliau menjadikan skandal 1MDB yang dituduh menyalurkan lebih RM2.67 billion ke dalam akaunnya. Skandal itu menyebabkan seluruh dunia kenal dan terkejut beruk dengan keupayaan pemimpin negara ini menyamun harta sendiri. Skandal 1MDB tidak akan teratasi untuk 100 tahun lagi oleh 100 perdana menteri di seluruh dunia.
Yang mungkin tidak diingati oleh budak-budak Najib dan penulis dongengan tentangnya masa kini, ialah bahawa Nohd Najib bin Abdul Razak telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM241 juta besabit tuduhan menyelewengan, salah gunakan membabitkan wang SRC Internasional.
Tuduhan itu menyebabkan Najib yang didewa-dewakan itu sudah tidak boleh dianggap hebat, bersih, murni lagi.
Semua kebaikan yang ditulis itu terbatal secara automatik bagi mereka yang memahami syariah agama. Keadaan Najib samalah seperti seorang imam dalam solat; dia seorang tertib, berpakaian kemas, menutup aurat, mengambil wuduk, bacaanya betul dan segala rukun-rukun dan fiil solat dilakukan dengan baik.
Tetapi sayang seribu kali sayang (bulu ketiak Cik Minah panjang), saat dia berada di tasyahud akhir, Najib terkentut, puuukkkkk... menyebabkan solatnya yang hampir selesai itu terbatal secara automatik.
Semua makmum berimamkan Najib juga batal solatnya. Jadi semua bebudak Najib, cybertroopernya (yang beragama Islam) telah batal solat dan perlu mendirikan semula dengan mencari imam baru. Najib tidak lebih daripada sebuah lukisan kanvas
0 comments:
Catat Ulasan