Oleh Abu
Firdaus
Sejarah
gerakan Islam boleh dibahagi kepada empat era. Pertama, era tradisional, iaitu
dikira dari zaman Rasulullah s.a.w hinggalah mansuhnya Kekhilafahan Usmaniah.
Kedua, era moden, iaitu dikira dari penubuhan Republik Turki hinggalah kepada
Revolusi Islam di Iran.
Ketiga, era Islamisme, iaitu dari penubuhan Republik Islam Iran hinggalah kepada tumbangnya kerajaan Mujahidin di Afghanistan. Keempat, iaitu era sekarang ialah pasca-Islamisme, bermula dengan penguasaan Taliban ke atas Afghanistan.
Ketiga, era Islamisme, iaitu dari penubuhan Republik Islam Iran hinggalah kepada tumbangnya kerajaan Mujahidin di Afghanistan. Keempat, iaitu era sekarang ialah pasca-Islamisme, bermula dengan penguasaan Taliban ke atas Afghanistan.
Pembahagian
era ini dibuat secara arbitrari bagi memudahkan perbincangan dengan pemahaman
terhadap apa yang telah dan sedang berlaku. Ia boleh diubah menurut penelitian
sesiapa yang membuat perhatian.
Umpamanya era pasca-Islamisme ini boleh dikira daripada pelbagai tarikh yang sesuai, tidak semesti semasa kejatuhan Mujahidin di Afghanistan. Ia boleh dikira juga sebagai bermula dari Peristiawa 11 September atau kebangkitan Arab Spring di Tunisia. Namun kejatuhan kerajaan Mujahidin menandakan berakhirnya suatu idealisme yang datang bersama Revolusi Islam Iran dahulu. Begitu juga dengan istilah Islamisme dan pasca-Islamisme. Istilah ini pun boleh dipersoalkan namun untuk permudahkan perbincangan, lebih mudah menggunakan istilah ini.
Umpamanya era pasca-Islamisme ini boleh dikira daripada pelbagai tarikh yang sesuai, tidak semesti semasa kejatuhan Mujahidin di Afghanistan. Ia boleh dikira juga sebagai bermula dari Peristiawa 11 September atau kebangkitan Arab Spring di Tunisia. Namun kejatuhan kerajaan Mujahidin menandakan berakhirnya suatu idealisme yang datang bersama Revolusi Islam Iran dahulu. Begitu juga dengan istilah Islamisme dan pasca-Islamisme. Istilah ini pun boleh dipersoalkan namun untuk permudahkan perbincangan, lebih mudah menggunakan istilah ini.
Islamisme berbeza daripada Islam. Isme dalam
perkataan itu merujukkan Islam sebagai ideologi politik. Ada orang menggunakan
istilah political Islam, atau sebelum ini juga dirujuk sebagai fundamentalisme.
Mungkin Islamisme lebih tepat, iaitu bila digunakan untuk dibandingkan dengan
ideologi politik seperti sosialisme dan kapitalisme.
Era pertama
gerakan Islam yang merupakan tawarikh Islam mudah difahami kerana ia merupakan
penelitian ilmu sejarah. Tetapi apabila masuk ke era kedua, ia sudah mengambil
kira bukan saja sejarah semata-mata tetapi juga geopolitik dan politik kontemporari.
Ini kerana ia melibatkan zaman moden yang memiliki pelbagai ilmu sains dan
sains sosial, yang muncul seiringan dengan Revolusi Industri, Sains dan
Teknologi yang tidak wujud sebelum ini.
Dalam era
kedua ini, iaitu setelah kehilangan kekhalifahan, sebahagian besar umat Islam
berada dalam penjajahan oleh sebahagian daripada negara-negara Eropah.
Bagaimanapun, wilayah teras Kekhalifahan Usmaniah iaitu di Istanbul dan
Anatolia berjaya terus merdeka tetapi menjadi sebuah negara sekular Eropah
bernama Republik Turki.
Maka
gerakan Islam yang utamanya digerakkan oleh pergerakan Khilafat di India dan
fahaman Pan-Islamisme anjuran Jamaluddin Al-Afghani. Tiga matlamatnya ialah
pembebasan wilayah-wilayah Islam daripada penjajahan, menubuhkan semula
kekhalifahan dan memajukan sains dan teknologi dalam dunia Islam supaya dapat
bersaing dengan Barat.
Antara
pertubuhan-pertubuhan Islam penting dalam era ini ialah Ikhwanul Muslim,
Jamaati Islami dan Masyumi. Di Malaya, tertubuhlah Hizbul Muslimin dan
kemudiannya PAS.
Tetapi setelah
50 tahun, banyak negara Islam yang merdeka. Ada dua negara yang ditubuhkan atas
nama Islam iaitu Republik Islam Pakistan dan Kedirajaan Arab Saudi. Tetapi
gerakan Islam ini tidak berjaya menegakkan khalifah, malah tidak mampu untuk
bersaing dengan Barat dalam kemajuan sains dan teknologi.
Keadaan ini
menuntut kebangkitan baharu dan ia membawa kepada Revolusi Islam dan penubuhan
Republik Islam Iran. Dalam era ini jugalah perjuangan Mujahidin Afghanistan dan
usaha Sudan untuk menjadi negara Islam. Bagaimanapun usaha-usaha ini tidak
menampakkan hasil yang dapat dibanggakan umat Islam.
Paling
ketara ialah Afghanistan. Mujahidin berkelahi sesama sendiri dan gagal
menubuhkan negara yang stabil walaupun komunis telah tumbang. Akibatnya Taliban
ambil kuasa dan gerakan Islam berpecah tiga jalan.
Ini membawa
kepada era keempat gerakan Islam. Iaitu pasca-Islamisme. Gerakan Islam berpecah
tiga. Pertama, ada yang menjadi ekstrem dan ganas. Inilah jalan yang diambil
oleh Al-Qaeda hingga membawa kepada Peristiwa 11 September dan munculnya Daesh
dan teroris yang lain.
Kedua,
kumpulan Islam yang tidak militan. Antaranya juga menyertai demokrasi. Tetapi
pemikiran dan fahaman mereka juga menjadi sempit dan kaku. Mereka bersikap
eksklusif hingga meminggirkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka. Islam
mereka bukanlah universal tetapi berbentuk nasionalisme umat.
Sementara
kumpulan ketiga mengambil jalan demokratik, bersifat inklusif dengan Islam
yang difahaminya sebagai universal. Kumpulan ini dikatakan progresif. Ia
berlaku di Turki dan ia merupakan pemikiran yang bergerak semasa Arab Spring.
Ia kelihatan berlaku di Tunisia tetapi dipatahkan apabila diusahakan di Mesir. Di
Malaysia, Amanah mewakili fahaman ini.
Tiga aliran
ini sedang bertarung untuk mewakili umat Islam dan sejarah akan membuktikan
siapa kelak yang akan membawa gerakan Islam kepada era kelima.
0 comments:
Catat Ulasan