Termetrai Ijab Kabul Umno Dan Pas?

Oleh Syed Ibrahim Syed Noh 

Minggu lalu, saya mempersoalkan perjuangan Umno sebagai pembela Melayu-Islam sempena ulang tahunnya ke-71. Saya kemukakan empat kes sebagai bukti selain berkongsi fakta menunjukkan jurang atau kesenjangan antara kaya dan miskin yang semakin melebar. Itu belum diambilkira skandal besar seperti 1MDB, rasuah, cukai GST dan pemotongan pelbagai jenis subsidi yang sangat membebankan orang Melayu dan orang miskin. Amat jelas Umno bukan pembela Melayu Islam.
Sebaliknya, Umnoperosak Melayu dan Islam dengan kepalsuan, penipuan dan kekeliruan. Amatlah malang jika ada yang melanjutkan lagi talian hayat Umno-BN.

Kali ini saya ingin meninjau dengan lebih mendalam akan hubungan antara Umno dan Pas yang telah berputik dan berkembang mekar sejak akhir-akhir ini. Ini sudah tentunya berlatarkan ucapan Datuk Seri Najib di Stadium Nasional Bukit Jalil dan keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulama Pas untuk membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dan KeADILan.

Walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan berkenaan namun mereka menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan ke-pentingan Islam dan rakyat.

Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Muhyi, Pas Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan KeADILan dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera, namun Pas Selangor akan kekal dalam kerajaan Negeri sehingga tamat penggal demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat.

Agak aneh. Tahaluf dibatalkan. Kerjasama dan rundingan politik dibatalkan tetapi Pas kekal dalam kerajaan negeri. Bukankah kerajaan negeri itu dipimpin Menteri Besar dan Exco yang mana tahaluf dan rundingan politik dengan parti mereka telah terbatal menurut Pas?

Dalam reaksi balas, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden KeADILan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan tahaluf tersebut. “Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KeADILan adalah keputusan dan pilihan yang dibuat Pas sendiri,” ujarnya.

Presiden KeADILan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan alasan pembatalan tahaluf berkenaan sebagai tidak tepat.

Menurut mereka, pimpinan Pas tidak meneliti pendirian KeADILan tentang RUU355 yang menghormati hak Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan.“Malah Dato’ Seri Najib Razaklah yang menegaskan bahawa Kerajaan Umno-BN tidak akan membawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU355) sebagai urusan kerajaan, yang bermakna RUU355 akan terkubur.

Anehnya Umno tidak dipersalahkan kali ini,” tegas Anwar.Menurut mereka, KeADILan ternyata telah berusaha dan menzahirkan segala daya untuk mengekalkan muafakat politik antara Pas dan KeADILan malahan kata Anwar, KeADILan tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah KeADILan dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar.

Matlamat KeADILan jelas iaitu untuk menewaskan Umno-BN yang kleptokrat, perasuah dan mengkhianati rakyat yang semakin dibebankan dengan sara hidup yang kian meningkat. Dr Wan Azizah dan Anwar yakin Azmin sebagai Menteri Besar akan terus menerajui Negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini di sebalik sikap terbaru Pas.

Sedang ‘drama’ ini berterusan, satu perkara yang bertambah jelas ialah kerjasama politik antara Umno dan Pas yang semakin erat, bermula dengan Presiden Umno dan Presiden Pas berbaju Melayu sedondon tatkala menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada Disember 2015, sikap berkecuali ahli Parlimen Pas terhadap usul undi tidak percaya Bajet 2016 dan 2017, kehadiran bersama Najib dan Abdul Hadi Awang dalam himpunan Solidariti Ummah Rohingya pada Disember 2016 hing-galah kepada episod usul persendirian RUU355.
Hubungan ini tambah jelas apabila dalam ucapannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Najib memetik ucapan Abdul Hadi yang mengatakan kerjasama antara Umno dan Pas kini adalah satu amalan politik yang sungguh matang untuk kepentingan bersama.

Malah Najib turut mengumumkan dengan bangganya keputusan pembatalan tahaluf siyasi antara Pas dan KeADILan dalam ucapannya. Saya juga terbaca ada yang mendakwa kedua-dua Najib dan Abdul Hadi telah bertemu sejurus sebelum itu.Ini seolah-olah menggambarkan tahaluf siyasi antara Umno dan Pas telah termeterai. Jika mungkin dahulu hanya “ijab”, sekarang semacam sudah “kabul”.

Persoalannya, apakah reaksi rakyat? Apakah mereka kisah? Apakah tindakan parti saya, KeADILan dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan? Saya fkir memang benar ramai rakyat yang kisah terutamanya rakyat di Selangor tetapi saya percaya lebih ramai yang tak kisah, mungkin set-inggi 35 peratus daripada pengundi yang di atas pagar.

Bagi mereka, yang lebih penting, apa yang mereka akan dapat daripada semua ini. Gaji boleh naik ke? Harga barang boleh turun ke? Ini bermakna agenda dan pembe-laan rakyat wajib terus menjadi tum-puan dan tidak terpesong dengan ada atau tiada kerjasama politik. Tindakan turun bertemu pengundi tidak boleh terjejas sama sekali.

Malah jentera tidak boleh alpa dengan episod ‘drama’ ini, sebaliknya mengambil kesempatan meningkatkan usaha mendekati pengundi, bersedia untuk 3-penjuru selain mencegah penipuan yang mungkin berlaku. Jika rakyat nampak ini, Insya-Allah Pakatan Harapan boleh menarik sokongan rakyat sebagai sukarelawan jentera pilihan raya malah mungkin mendapat sokongan yang dahulu di-perolehi daripada penyokong Pas, dan Umno yang menolak Umno-BN.

Namun begitu, saya akur muafakat politik perlu juga ditangani kerana tanpanya belum tentu Umno-BN dapat ditumbangkan. Kepincangan negara tidak boleh lagi dibendung malah dikhuatiri bertambah buruk apabila dana rakyat seperti KWSP, Wang Pencen dan Tabung Haji akan terus disalahguna untuk selamatkan kegagalan projek Umno-BN seperti projek Bandar Malaysia. Undi kepada Pakatan Harapan merupakan undi untuk menyelamatkan wang rakyat. Justeru, ada atau tidaknya tahaluf siyasi serta kedudukan di Selangor biarlah ia diputuskan atas kebijaksa-naan pimpinan. Pertimbangan terbaik wajar diambil atas kemaslahatan rakyat, bukan atas kepentingan sur-vival politik dan peribadi semata-mata seperti agenda Umno dan Pas. •
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan