PAS tuduh DAP-PKR di Pulau Pinang ugut sekolah tahfiz

PETALING JAYA: PAS menuduh kerajaan Pulau Pinang membuat ugutan di samping cuba “membantutkan pembangunan Islam” selepas amaran exco agama, Datuk Abdul Malek Kassim untuk menutup sekolah tahfiz di negeri itu yang tidak menepati piawaian.

“Hairannya, kerajaan negeri tidak pula pantas untuk menutup premis judi, arak dan kilang haram di negeri ini yang mendatangkan pelbagai kesan negatif. Bahkan dilihat pula melindunginya,” kata Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

“Di mana suara Malek dalam perkara ini?” soalnya.

Yusni berkata amaran itu adalah bukti Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dan PKR “tidak ada beza dengan kerajaan Umno-BN yang tidak mesra Islam”.

Sebelum ini, Malek menyelar sekolah agama yang tidak mengambil berat aspek keselamatan para pelajar, susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur minggu lalu yang meragut 23 nyawa.

Beliau memberi amaran pihak berkuasa akan menarik balik kelulusan dan menutup sekolah yang gagal memastikan piawaian keselamatan pelajar.

“Tindakan yang lebih tegas ini, demi kepentingan keselamatan pelajar dan menjaga nama baik institusi pendidikan Islam yang sangat mementingkan aspek keselamatan,” kata Malek.

Yusni menyifatkan amaran itu “sangat naif, dangkal dan tidak bertamadun”, sambil berkata ia membuktikan “permusuhan terhadap perkara berkaitan Islam” oleh kerajaan negeri yang diketuai DAP.

Yusni turut mendakwa amaran Malek tidak menyelesaikan masalah tetapi menjurus kepada cubaan menghapuskan institusi tahfiz.

“Beliau sepatutnya matang dan bijak menangani kekurangan entiti yang sedia wujud dan mendatangkan manfaat besar kepada awam seperti menyalurkan dana kerana kebanyakan maahad tahfiz di Pulau Pinang bergerak secara persendirian,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga enggan membantu sekolah agama yang diuruskan PAS.
“Sikap pilih kasih kerajaan negeri itu jelas menunjukan sikap hipokrasi dan bermuka-muka terhadap sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan