Atas Nama Agama ?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Mula-mula saya tonton video yg dikata suara seorang pemimpin Pas Pusat.

2. Kesimpulan yg saya buat, atas nama Islam dan perjuangannya, kawan sendiri boleh dilabel hodoh dan disingkir.

3. Terima duit Umno juga boleh atas nama perjuangan Islam. Duit yg diterima itu jadi bersih jika diandaikan itu duit 1MDB sekalipun.

4. Itu money laundering ala Islam. Halal.

5. Selepas itu, saya tonton pula video kuliah seorang ustaz berserban yg bercerita tentang kehidupan peribadi seorang peguam wanita yg kontroversi.

6. Diceritanya satu persatu tentang peguam wanita itu yg membuatkan saya hampir-hampir terpengaruh jika RUU Anti Berita Tidak Benar tidak diperkenalkan oleh BN.

7. Pagi ini, saya tertonton pula video peguam wanita berkenaan menjawab naratif ustaz itu.

8. Menurutnya, cerita ustaz itu tidak benar dan peguam wanita berkenaan bersedia utk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

9. AJK Pas Pusat itu dipanggil ustaz, dan pembawa cerita tentang peguam wanita itu pun dipanggil ustaz.

10. Agaknya, mungkin inilah alasan saya tak pernah rasa seronok dipanggil ustaz.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan