Rafizi cabar Azwan Bro ulang tuduhan pada Invoke

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Senator Khairul Azwan Harun mengulangi tuduhannya terhadap badan kaji selidik Invoke di luar Dewan Negara supaya dakwaan itu boleh diheret ke mahkamah.
“Oleh kerana beliau hanya berani berucap di bawah perlindungan Dewan Negara, saya telah meminta pasukan peguam saya meneliti ruang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau,” katanya.

Rafizi juga berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap TV3 yang menurutnya memfitnah Invoke dengan laporan palsu mendakwa badan itu dibiayai badan asing.

Khairul yang juga naib ketua Pemuda Umno ketika berucap di Dewan Negara kelmarin mendakwa Invone menceroboh data peribadi 15 juta rakyat Malaysia dan menerima dana asing daripada pihak yang dikaitkan dengan individu pro-Israel.

Ucapan Azwan disiarkan TV3 dan dilaporkan Bernama.

Dalam jawatan hari ini, Rafizi menafikan dakwaan-dakwaan Azwan itu dan percaya
serangan terhadap Invoke adalah rancangan tersusun menjelang pilihan raya untuk melumpuhkan operasi mereka.

Beliau juga mendakwa menjadi mangsa pilih kasih dalam isu itu.

“Jika Invoke dituduh melanggar undang-undang kerana menjalankan kaji selidik, bagaimana pula ratusan kaji selidik yang dilakukan oleh Umno untuk mengukur tahap sokongan ke atas calon-calonnya?

“Saya dimaklumkan sendiri oleh beberapa orang anggota parlimen Umno mengenai kaedah yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan kaji selidik melalui telefon untuk mengenal pasti tahap sokongan setiap wakil rakyatnya.
“Jika Invoke ingin disiasat kerana menjalankan kaji selidik, kenapa pula Umno tidak disiasat secara besar-besaran kerana jumlah kaji selidik melalui telefon yang dibuat oleh Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding kaji selidik oleh Invoke?” katanya.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan