Dr M: Nur Jazlan tak faham, epal dengan limau tak sama

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau lupa dengan tindakannya semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno apabila parti pemerintah itu dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada tahun 1988.

Sebaliknya, beliau berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nur Jazlan Mohamad, yang menuduh beliau “lupa sejarah” tidak tahu bagaimana untuk membuat perbandingan sewajarnya.

“Saya tidak lupa. Nur Jazlan yang tidak faham dan membuat bandingan antara epal dengan limau dan berpendapat epal dengan limau adalah sama,” katanya dalam satu catatan di blog malam semalam.

Mahathir berkata ketika itu, ROS bertindak secara bebas dan membuat keputusan yang tidak memihak kerajaan walaupun ia menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Sekarang ROS hanya mengganggu parti lawan. Dapatkah ROS haramkan Umno.
“Ada kes bagi Umno diharamkan. Jika kerajaan yang didirikan Umno, ROS haramkan baharulah sama dengan apa yang terjadi di zaman saya.

“Baharu ada bandingan antara dahulu dengan sekarang antara epal dengan epal,” katanya.

Mahathir merujuk kepada keputusan Umno untuk menangguhkan lagi pemilihan parti itu pada tahun depan, satu tindakan yang menurut bekas ahli parti sebagai bertentangan dengan perlembagaannya.

Mahathir yang kini adalah pengerusi BERSATU mengulas kenyataan Nur Jazlan pada Isnin lalu bahawa bekas perdana menteri telah melupakan masa silamnya apabila mengkritik ROS.

"Beliau nampak telah lupa apa yang dilakukannya 30 tahun lalu dan sekarang ROS melaksanakan tugasnya secara adil dengan mengambil kepentingan anggota BERSATU," kata timbalan menteri itu yang dipetik oleh akhbar The Star.

Nur Jazlan juga mendakwa apabila Umno dibatalkan pendaftarannya, Mahathir cuba memaksa ROS untuk memihak kepada parti itu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan