Rais Hussin dijangka berdepan dengan Saravanan di Tapah

Pengarah strategi BERSATU, Datuk Rais Hussin dijangka bakal diturunkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di Tapah, Perak, berdepan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.

Menurut sumber dalam parti, Rais, yang merupakan pengarah biro dasar dan strategi BERSATU, dijangka bakal dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen tersebut.

Beliau dijangka membuat pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi.

Apabila dihubungi Malaysiakini, Rais enggan mengesahkan pencalonannya dengan mengatakan bahawa beliau menyerahkan keputusan itu kepada kepimpinan parti.

"Saya serahkan kepada kepimpinan parti untuk memutuskan sama ada saya akan bertanding atau tidak. Jika saya bertanding di Tapah, saya sentiasa bersedia untuk itu.

"Dalam pilihan raya ini, kita tidak mempunyai pilihan selain untuk menang demi semua rakyat Malaysia," kata Rais.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan