SPR: Daftar pengundi baru diketahui lagi seminggu

KUALA LUMPUR: Semakan terhadap daftar pemilih baru untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, dijangka diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.

Sehubungan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan itu sebaik sahaja SPR mengeluarkan senarai pemilih yang disahkan.

“Sebab itu, kita adakan Kempen Jom Semak dan Jom Kita Mengundi. Apabila dia buat semakan, dia akan dapat tahu. Kalau pada masa pencalonan dia (pengundi) akan dapat tahu siapa calon dia, siapa yang akan bertanding dalam kawasan dia… kalau sekolah, di sekolah mana (pusat mengundi).

“Ini penting supaya semasa hari mengundi nanti mereka tidak pergi ke tempat tidak sepatutnya.

Apabila tidak buat semakan, dia akan pergi ke tempat lama dan tiba-tiba namanya tiada di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual hos Shuhaimi Mohamed pada program Sesi Khas Bersama SPR di TV1 semalam.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan