Malah, Guan Eng yang adalah setiausaha agung DAP itu turut menyindir bahawa tiada 'hantu' di Dewan Rakyat kecuali 'hantu Altantuya'.
"Saya nak rujuk (gelaran) hantu (kepada Kit Siang). Kalau hantu, hanya Altantuya (Shaariibuu).
"Gelang Patah masih ada di sini, dia sahih. Kalau ada hantu, hanya hantu Altantuya sahaja," katanya pada sidang media di Parlimen.
Guan
Eng dipercayai merujuk kepada kematian warga Mongolia, Altantuya
Shaariibu yang dibunuh kejam di Puncak Alam, Selangor pada tahun 2006.Sekutu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Abdul Razak Baginda, seorang penganalisis politik turut terpalit dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan.
Dua bekas anggota polis cawangan khas polis kemudiannya dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh tetapi seorang daripada mereka berjaya melarikan diri ke Australia dan sedang tahan di pusat tahanan imigresen di Melbourne.
Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri, pernah bersumpah di hadapan Al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan polis juga membebaskannya daripada sebarang kesalahan.
Awal hari ini, Dewan Rakyat kecoh berikutan pertikaian mengenai kehadiran, Kit Siang memandangkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam dikatakan telah menggantungnya.
Perkara
itu dibangkitkan oleh Datuk Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang
meminta Pandikar mengambil tindakan terhadap Kit Siang berdasarkan
Peraturan Mesyuarat 44 (5).Bagaimanapun, Pandikar kemudian secara sinis memberitahu beliau tidak nampak Kit Siang di dalam Dewan Rakyat - walaupun anggota parlimen veteran berkenaan ketika itu berada dikerusinya.
"Saya tak nampak Gelang Patah dalam Dewan. Kalau saya nampak Gelang Patah, saya perlu suruh dia keluar Dewan lagi sekali," kata Pandikar.
Selepas itu, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) kemudian bangun untuk membentangkan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018, namun beliau sebelum itu menggelarkan Kit Siang sebagai 'hantu' dan bersetuju dengan tindakan Pandikar.

0 comments:
Catat Ulasan