SUNGAI BULOH: Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman mengumumkan
meninggalkan PAS dan menyertai PKR, dalam satu program dihadiri Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi.
“Dengan rasa gembira Khairuddin telah buat keputusan menyertai PKR pada malam ini,” kata Azmin.
“Saya akan serah borang kepada Presiden PKR. Insha Allah PKR
berlapang dada sahabat perjuangan kita yang baru malam ini,” katanya.
Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai setiausaha PAS Selangor
dipercayai atas sikapnya yang mesra dengan Pakatan Harapan. Nama beliau
juga tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum ke-14
nanti.
Beliau memenangi kerusi Paya Jaras pada pilihan raya umum lalu
mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhammad Bushro Mat Johor,
yang juga penyandang kerusi itu, dengan majoriti 5,522.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan