Dr Mahathir: Betapa terdesaknya media pro-BN...

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata bahawa perkhidmatan e-hailing akan dimansuhkan sekiranya gabungan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Dalam ciapannya di Twitter, bekas perdana menteri itu berkata beliau menyebut bahawa undang-undang semasa akan dikaji semula untuk memastikan supaya hak kedua-dua, syarikat perkhidmatan e-hailing dan syarikat teksi dilindungi.

“Tolong sebarkan tweet ini supaya rakyat tahu betapa terdesaknya media pro-BN.

Mereka tahu bahawa pemandu Grab dan taxi menolak Umno-BN,” katanya sambil melabel laporan berita itu sebagai palsu.

Mahathir juga menyertakan pautan kepada laporan Star Online mengenai berita tersebut. Tetapi apabila Malaysiakini cuba mengklik pautan tersebut, ia menunjukkan bahawa halaman itu tidak lagi wujud.

Bagaimanapun, Mahathir turut melampirkan paparan skrin artikel itu di halaman Facebooknya, yang memaparkan tajuk utama, "Dr M berkata Pakatan akan hapuskan perkhidmatan e-hailing”.
Petang tadi, Star Online menerbitkan artikel lain dengan tajuk, "Isu perhidmatan e-hailing menjadi topik panas pilihan raya".

Antara lain, laporan itu menyebut bahawa akhbar Sinar Harian melaporkan Dr Mahathir sebagai berkata akan "menghapuskan" perkhidmatan e-hailing.

Sementara itu, New Straits Times, yang memetik Sinar Harian, menerbitkan kenyataan Mahathir mengenai perkhidmatan e-hailing dengan tajuk utama, "Mahathir: Kami akan hapuskan Grab, perkhidmatan perkongsian perjalanan jika pembangkang ambil alih kerajaan."

Artikel itu juga kemudiannya dikeluarkan.

Tidak jelas sama ada Star Online juga memetik Sinar Harian dalam artikel asalnya.

Sementara itu, tajuk utama berkenaan juga mengundang kemarahan Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Abdul Rahman.

"Ini adalah tahap Umno-BN dan Najib Razak, kerana tahu bahawa mereka telah kehilangan sokongan pemandu teksi dan juga pemandu Uber/Grab.

"Oleh itu, tahap terdesak mendorong mereka untuk menyiarkan berita palsu ini, tetapi saya percaya orang ramai mengetahui lebih baik bahawa Najib dan The Star menyebarkan pembohongan. Pembohongan dan banyak lagi pembohongan," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan